Tidak OkeySampel

Not Okay

HARI 13 DARIPADA 28

Beberapa tahun yang lalu, pakar menghasilkan satu senarai perkataan yang paling sukar disebut dalam Bahasa Inggeris. Adanya perkataan isthmus, yang memaksudkan sambungan sempit di antara dua tanah. Terlalu mudah bagi anda? Bagaimana dengan ini: sesquipedalian. Percaya tak, perkataan ini bermaksud "kata panjang."

Salah satu perkataan yang paling sukar dalam Bahasa Inggeris tidak dimasukkan dalam senarai itu. Ini disebabkan perkataan ini tidak sukar disebut, namun sukar diucapkan: sorry.

"Sorry" (maaf) bermakna mengakui kepada seseorang bahawa anda telah melakukan kesilapan. Ini bermakna anda menyedari bahawa seseorang telah terluka kerana apa yang anda katakan atau lakukan, dan anda ingin membetulkan keadaannya. Ini merupakan satu tindakan yang mudah dikecam — dan penting. Yakobus menulis bahawa penting untuk saling mengakui kesalahan, memaklumkan kita tentang kepentingan berterus terang sesama manusia, meskipun ketika waktu yang paling mencabar.

Apabila konflik berlaku dan seseorang rasa ditolak, lambat-laun anda harus membetulkan keadaan itu. Itu bermakna meminta maaf, dan itu tidaklah mudah. Alkitab mengatakan sebabnya penting untuk mengakuinya semasa melakukan kesilapan ialah: demikianlah kita memulakan proses penyembuhan. Maka, berlatihlah untuk mengingati perkataan yang susah ini, dan membenarkan penyembuhan bermula.

Hari 12Hari 14

Perihal Pelan

Not Okay

Kita akan meneliti empat penegas utama yang kita hadapi dan melihat bagaimana firman Allah boleh memberikan kita penghiburan, pimpinan, dan menolong kita menghadapi setiap satunya. Kita akan berbincang tentang apa yang diberikan oleh Yesus semasa anda berasa tidak okey, apa yang Allah mahu anda ketahui apabila orang lain menolak anda, apa yang harus dilakukan ketika susah untuk melakukan hal yang betul, dan semasa risau, kita akan melihat apa yang dikatakan oleh Allah.

More

Kami bersyukur kepada Stuff You Can Use kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://growcurriculum.org