Tidak OkeySampel
Fikir tentang peralatan yang diperlukan untuk bermain bola sepak Amerika. Bukan topi keledar sahaja (walaupun itu merupakan peralatan yang agak penting). Pad bahu, pad paha, pad lutut, kasut yang mempunyai stad, dan pelindung dagu.
Melainkan anda sering bermain bola sepak, anda mungkin tidak tahu tujuan pelindung dagu. Pentingkah pelindung dagu itu? Mengapa anda memerlukan stad di tapak kasut? Tidakkah kasut lari yang biasa cukup baik?
Begini, orang yang sudah lama bermain sukan ini menyedari kepentingan mengenakan peralatan yang betul. Ini bukan sahaja demi melindungi si pemain malah menolong mereka bermain dengan lebih baik lagi. Apabila pemain bola sepak memiliki semua peralatan yang diperlukan, mereka berkemungkinan besar akan menang.
Alkitab bercakap tentang peralatan juga. Hidup ini mungkinlah menakutkan, dipenuhi banyak tekanan dan kekhuatiran. Anda berupaya mengatasi tekanan dan kekhuatiran tersebut secara langsung . . . jika anda mengenakan peralatan yang betul.
Dalam bacaan Alkitab hari ini, Paulus bercakap tentang perlengkapan senjata daripada Allah. Anggaplah ayat ini sebagai senarai semak peralatan yang anda perlukan untuk menjalankan hari anda. Lihatlah "peralatan" yang dicadangkan oleh-Nya kepada anda. Bagaimanakah anda boleh memastikan bahawa anda mengenakan peralatan yang lengkap dan bersedia untuk mengharungi cabaran hari ini?
Kitab
Perihal Pelan
Kita akan meneliti empat penegas utama yang kita hadapi dan melihat bagaimana firman Allah boleh memberikan kita penghiburan, pimpinan, dan menolong kita menghadapi setiap satunya. Kita akan berbincang tentang apa yang diberikan oleh Yesus semasa anda berasa tidak okey, apa yang Allah mahu anda ketahui apabila orang lain menolak anda, apa yang harus dilakukan ketika susah untuk melakukan hal yang betul, dan semasa risau, kita akan melihat apa yang dikatakan oleh Allah.
More