Tidak OkeySampel

Not Okay

HARI 19 DARIPADA 28

Ada sebabnya genius suka bermain catur. Catur merupakan permainan yang susah! Anda boleh mengetahui semua peraturan tentang cara setiap buah catur boleh bergerak tetapi masih bergelut tentang apa yang harus dilakukan. Sesetengah orang menghabiskan seluruh hidup mereka untuk belajar cara menjadi pakar catur.

Jika anda adalah betul-betul hebat, anda boleh bertanding untuk menjadi jaguh catur — tahap kepakaran catur yang tertinggi di dunia ini! Walau bagaimanapun, proses ini memakan masa yang panjang, banyak latihan, dan kebijakan. Bukan semua orang sesuai untuk menjadi jaguh catur.

Ada kalanya hidup ini seperti catur. Anda mengetahui semua peraturan tentang betul dan salah namun masih bergelut dengan apa yang harus dilakukan. Memanglah susah. Itulah sebabnya mengapa tidak semua orang memilih untuk melakukan perkara yang betul. Memanglah lebih senang untuk melakukan perkara yang paling senang!

Alkitab memanggilnya "jalan yang sempit." Jika jalan itu adalah lebar dan luas, lebih mudah berjalan di atas jalan itu tanpa jatuh. Walau bagaimanapun, apabila jalan itu adalah sempit, anda mesti lebih berhati-hati. Perjalanan itu memakan masa, kesabaran, dan latihan, tetapi jalan itu membawa kita ke arah membuat pilihan bagi kebaikan kita.

Sesungguhnya tidak selalu senang untuk membezakan antara yang betul daripada yang salah. Firman Allah mengingatkan kita tentang hal ini, tetapi dengan masa dan kesabaran, anda boleh belajar cara melalui jalan yang sempit.

Hari 18Hari 20

Perihal Pelan

Not Okay

Kita akan meneliti empat penegas utama yang kita hadapi dan melihat bagaimana firman Allah boleh memberikan kita penghiburan, pimpinan, dan menolong kita menghadapi setiap satunya. Kita akan berbincang tentang apa yang diberikan oleh Yesus semasa anda berasa tidak okey, apa yang Allah mahu anda ketahui apabila orang lain menolak anda, apa yang harus dilakukan ketika susah untuk melakukan hal yang betul, dan semasa risau, kita akan melihat apa yang dikatakan oleh Allah.

More

Kami bersyukur kepada Stuff You Can Use kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://growcurriculum.org