Tidak OkeySampel

Not Okay

HARI 24 DARIPADA 28

Jika anda pernah mengembara berjalan kaki, anda tahu akan keperluan jaga-jaga jangan terkena tumbuhan berbahaya seperti jelatang. Jika anda tersentuh jelatang, anda berasa amat terseksa untuk beberapa hari seterusnya. Malangnya, memanglah mudah untuk terkena jelatang kerana tumbuhan ini kelihatan seperti tumbuhan yang biasa. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tahu apa yang dicari, biasanya anda dapat mengelakkannya. Jelatang berwarna hijau gelap, dan daunnya sentiasa dalam kelompok tiga-tiga. Itulah sebabnya pengembara berjalan kaki sering berkata: "Leaves of three, let it be (Daun bertiga-tiga, biarkan)."

Tidakkah baik jika setiap masalah dalam hidup ini mempunyai petua yang mudah untuk menolong anda mengetahui jika masalah itu adalah sesuatu yang besar ataupun remeh? Anda bertengkar dengan seorang kawan . . . Adakah ini masalah yang besar, atau sesuatu yang akan berlalu tidak lama lagi? Anda sakit . . . Adakah penyakit ini akan sembuh esok, atau anda harus berjumpa dengan doktor dan memeriksanya?

Malangnya, kita tidak selalu memiliki cara yang senang dan jelas untuk mengetahui jika masalah kita itu cumalah kerisauan yang kecil ataupun kerisauan yang lebih besar dan lebih serius. Namun, kita memang memiliki Allah.

Dalam bacaan Alkitab hari ini, Yakobus berkata kita boleh sentiasa meminta kebijaksanaan daripada Allah. Kebijaksanaan yang datang daripada Allah boleh membawa perubahan yang besar semasa memahami tekanan dan kerisauan kita. Dengan pertolongan Allah, kita bukan sahaja berupaya mengelakkan "jelatang" kehidupan malah mengetahui cara mengatasinya semasa kita menemuinya.

Hari 23Hari 25

Perihal Pelan

Not Okay

Kita akan meneliti empat penegas utama yang kita hadapi dan melihat bagaimana firman Allah boleh memberikan kita penghiburan, pimpinan, dan menolong kita menghadapi setiap satunya. Kita akan berbincang tentang apa yang diberikan oleh Yesus semasa anda berasa tidak okey, apa yang Allah mahu anda ketahui apabila orang lain menolak anda, apa yang harus dilakukan ketika susah untuk melakukan hal yang betul, dan semasa risau, kita akan melihat apa yang dikatakan oleh Allah.

More

Kami bersyukur kepada Stuff You Can Use kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://growcurriculum.org