Tidak OkeySampel
Jika anda pernah bermain permainan dam, anda tahu permainan itu bermula dengan mudah. Anda memiliki beberapa buah dam, dan anda cuba menggerakkan buah itu ke hujung papan yang bertentangan tanpa dimakan. Tidaklah terlalu susah.
Namun, apakah yang berlaku sesudah anda sampai ke hujung papan? Anda naik haji. Satu buah dam lagi diletakkan di atas buah dam ini, dan pada asasnya anda berpakat dengan anggota dam anda untuk menjadi lebih berbahaya. Sekarang ini, anda lebih berkuasa. Anda boleh bergerak ke mana-mana pun. Anda boleh memakan lawan anda dengan lebih mudah. Rasanya anda diberikan kuasa hebat!
Orang yang mencipta permainan dam memahami bahawa apabila anda berpakat dengan orang lain, anda melakukan lebih banyak perkara. Oleh itu, dua buah dam adalah lebih berkesan daripada satu buah dam. Apabila anda bekerjasama dengan seseorang, anda berupaya melakukan lebih banyak perkara.
Itulah sebabnya mengapa penting untuk bekerjasama dengan orang lain. Hal ini adalah benar khususnya jika anda mempunyai kawan yang bergelut dengan kerisauan dan tekanan. Jika anda pernah bergelut dengan kerisauan, anda tahu betapa sepinya keadaan itu. Anda mula berasa seolah-olah tiada orang yang mengetahui perasaan itu.
Namun, jika seseorang ada bersama dengan anda, anda sedar bahawa anda tidak bersendirian, dan memanglah lebih mudah untuk menghadapi cabaran hidup apabila anda mengetahui bahawa ada orang yang menyokong anda. Alkitab memanggil ini "saling menguatkan". Jadi, lain kali seorang kawan memerlukan pertolongan, ingatlah betapa banyak anda berdua dapat capai bersama-sama.
Kitab
Perihal Pelan
Kita akan meneliti empat penegas utama yang kita hadapi dan melihat bagaimana firman Allah boleh memberikan kita penghiburan, pimpinan, dan menolong kita menghadapi setiap satunya. Kita akan berbincang tentang apa yang diberikan oleh Yesus semasa anda berasa tidak okey, apa yang Allah mahu anda ketahui apabila orang lain menolak anda, apa yang harus dilakukan ketika susah untuk melakukan hal yang betul, dan semasa risau, kita akan melihat apa yang dikatakan oleh Allah.
More