Tidak OkeySampel

Not Okay

HARI 12 DARIPADA 28

Anda mempunyai matlamat yang besar dalam hidup ini. Semua orang pun sama. Mungkin anda ingin ke Hollywood dan menjadi seorang pelakon. Mungkin anda ingin memasuki kolej yang tertentu atau laluan kerjaya yang khusus. Mungkin anda ingin menjadi atlet profesional atau pengarang. Semua ini ialah matlamat besar yang penting. Anda harus mengejarnya! Walau bagaimanapun, semua ini kedengaran menakutkan, bukan? Bagaimana kalau pengejaran itu tidak berhasil? Bagaimana kalau anda gagal?

Hampir setiap matlamat anda yang besar dalam hidup ini menghadapi risiko penolakan. Ini memang benar apabila anda berfikir tentang pekerjaan yang diingini, impian yang ingin dicapai, ataupun orang yang ingin dijadikan kawan. Dalam mana-mana keadaan ini, anda mungkin ditolak bulat-bulat. Memang senang untuk rasa takut akan penolakan. Sebenarnya, kita boleh menjadi begitu takut sehinggakan kita memutuskan untuk tidak mencuba pun. Risiko penolakan kedengaran lebih menakutkan daripada keterujaan kejayaan, jadi kita rasa biar lambat asal selamat.

Walau bagaimanapun, itu bukanlah cara yang baik untuk menjalankan hidup. Lambat-laun, anda perlu cuba sesuatu juga.

Allah tahu menghadapi kemungkinan ditolak adalah susah. Ini boleh menimbulkan tekanan dan kerisauan yang besar. Bagaimana kalau kita tidak berjaya? Bagaimana kalau kita gagal? Berapa kali kita harus cuba sebelum berputus asa? Semasa anda mengalami perasaan ini, ingatlah jemputan yang diberikan oleh Yesus dalam petikan Alkitab hari ini.

Hari 11Hari 13

Perihal Pelan

Not Okay

Kita akan meneliti empat penegas utama yang kita hadapi dan melihat bagaimana firman Allah boleh memberikan kita penghiburan, pimpinan, dan menolong kita menghadapi setiap satunya. Kita akan berbincang tentang apa yang diberikan oleh Yesus semasa anda berasa tidak okey, apa yang Allah mahu anda ketahui apabila orang lain menolak anda, apa yang harus dilakukan ketika susah untuk melakukan hal yang betul, dan semasa risau, kita akan melihat apa yang dikatakan oleh Allah.

More

Kami bersyukur kepada Stuff You Can Use kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://growcurriculum.org