Tidak OkeySampel

Not Okay

HARI 2 DARIPADA 28

Pada zaman alkitabiah, sistem paip betul-betul kuno. Maksudnya tiada mandi pagi yang senang dan cepat atau membuka pili untuk segelas air minum. Sebaliknya, kebanyakan bandar bergantung pada perigi setempat. Setiap pagi, seseorang daripada setiap rumah akan pergi ke perigi dengan satu atau dua baldi untuk mencedok sebanyak mungkin air untuk dibawa pulang. Kemudian, anda perlu menjimat air sehingga anda betul-betul memerlukannya — jika tidak, anda perlu berjalan ke perigi lagi.

Ini bermakna orang pada zaman Yesus perlu memilih masa untuk meminum air. Itu mungkin agak menjengkelkan! Mereka hidup dalam cuaca yang panas, berjalan ke setiap tempat, dan hampir semua orang mempunyai kerja yang melibatkan kegiatan jasmani. Mereka sentiasa dahaga. Namun, mereka perlu berhati-hati tentang kekerapan mereka meminum air.

Maka, anda pasti dapat bayangkan mengapa kata-kata Yesus dalam petikan ini membuat pendengar-Nya begitu teruja. Air yang membuat anda tidak haus lagi? Siapa yang tidak mahu?!

Walau bagaimanapun, Yesus tidak bercakap tentang kehausan jasmani. Dia bercakap tentang sesuatu yang lebih mendalam dan jauh lebih penting lagi — Dia bercakap tentang harapan yang diberi-Nya. Bagi kebanyakan daripada kita, harapan ialah sesuatu yang cepat habis. Kita berasa risau atau tertekan, dan rasanya harapan kita lenyap. Namun, Yesus mengatakan bahawa dengan seteguk harapan ini, anda tidak akan dahaga lagi.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Not Okay

Kita akan meneliti empat penegas utama yang kita hadapi dan melihat bagaimana firman Allah boleh memberikan kita penghiburan, pimpinan, dan menolong kita menghadapi setiap satunya. Kita akan berbincang tentang apa yang diberikan oleh Yesus semasa anda berasa tidak okey, apa yang Allah mahu anda ketahui apabila orang lain menolak anda, apa yang harus dilakukan ketika susah untuk melakukan hal yang betul, dan semasa risau, kita akan melihat apa yang dikatakan oleh Allah.

More

Kami bersyukur kepada Stuff You Can Use kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://growcurriculum.org