Mencari Kebahagiaan Sebenar: Renungan bersama John PiperSampel
![Finding Real Happiness: Devotions with John Piper](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F380%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Ada kalanya saya bangun dan rasa lemah. Rapuh. Sering kalinya ia adalah kabur. Tiada ancaman tertentu. Tiada kelemahan tertentu. Cuma rasa tidak menentu bahawa ada perkara yang mungkin silap dan saya akan disalahkan.
Biasanya ia berlaku selepas banyak kritikan. Banyak jangkaan yang mempunyai batas waktu dan ia kelihatan terlalu besar dan terlalu membebankan.
Semasa mengenangkan pagi berkala demikian sepanjang 50 tahun, saya berasa kagum bagaimana Tuhan Yesus telah memelihara saya. Dan pelayanan saya. Godaan melarikan diri daripada tekanan tidak pernah berjaya, setakat ini. Ini adalah menakjubkan. Saya menyembah-Nya kerana itu.
Daripada membiarkan saya tenggelam dalam kelumpuhan ketakutan, atau lari ke khayalan yang lebih menguntungkan, Dia mendengar teriakan meminta tolong saya dan menjawabnya dengan janji yang konkrit.
Contohnya, baru-baru ini, saya bangun dan rasa seperti nak relai dari segi emosi. Lemah. Rapuh. Saya berdoa: “Tolonglah saya Tuhan. Saya tidak pasti bagaimana hendak berdoa.”
Sejam selepas itu, saya membaca dalam Zakharia, mencari bantuan yang diserukan. Ia diberikan.
Yerusalem akan penuh sesak dengan manusia dan ternakan, sehingga tembok kota tidak dapat dibina lagi. TUHAN telah berjanji bahawa Dia sendiri akan menjadi tembok api yang mengelilingi kota itu untuk melindunginya, dan Dia akan tinggal di situ dengan segala kemuliaan-Nya. (Zakharia 2:4-5)
Akan timbulnya kemakmuran dan pertumbuhan yang besar bagi umat Allah sehingga Yerusalem tidak dapat dibatasi tembok. Yerusalem yang amat “penuh sesak dengan manusia dan ternakan” akan menjadi seperti kota yang berkembang luas tanpa tembok.
Kemakmuran adalah baik, tetapi bagaimana pula dengan perlindungan?
Allah menjawab itu dalam Zakharia 2:5, “Dia akan menjadi tembok api yang mengelilingi kota itu untuk melindunginya.” Ya. Itulah jawapan-Nya. Itu adalah janji-Nya. “Dia sendiri akan” daripada Allah. Itulah yang saya perlukan.
Sekiranya ia benar kepada kota Yerusalem yang lemah, ia jugalah benar buat saya, anak Allah. Allah akan menjadi “tembok api yang mengelilingi saya.” Ya. Dia akan berbuat demikian. Dia telah melakukan itu. Dan Dia akan sentiasa melakukannya.
Ia menjadi semakin baik. Kata-Nya, dalam tembok perlindungan api itu, “Dia akan tinggal di situ dengan segala kemuliaan-Nya.” Allah tidak berpuas hati dengan memberikan kita perlindungan api-Nya sahaja; Dia akan memberikan kita kesukaan hadirat-Nya.
Kitab
Perihal Pelan
![Finding Real Happiness: Devotions with John Piper](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F380%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Allah memandang berat terhadap kita. Walau bagaimanapun, tujuan-Nya adalah menggalakkan kita untuk menikmati kebaikan-Nya. Dalam renungan 3 hari ini, John Piper menggesa pembaca melewati tindakan kasih Yesus supaya melihat matlamat kasih-Nya.
More