Mencari Kebahagiaan Sebenar: Renungan bersama John PiperSampel

Finding Real Happiness: Devotions with John Piper

HARI 1 DARIPADA 3

Uji diri. Apakah penetapan minda anda? Adakah anda mulakan dengan Allah dan hak serta matlamat-Nya? Ataupun, adakah anda mulakan dengan diri, hak dan keinginan anda?

Apakah yang berlaku apabila anda melihat kematian Kristus? Adakah sukacita anda betul-betul timbul daripada pentafsiran pekerjaan ilahi yang menakjubkan ini kepada penggalak harga diri? Ataupun, adakah anda didorong dan dipenuhi kekaguman, pemujaan dan penyembahan bahawa dalam kematian Yesus adalah penyataan yang paling mendalam dan jelas akan penghargaan tidak terbatas terhadap Allah kerana kemuliaan-Nya dan kerana Anak-Nya?

Di sini adalah dasar objektif yang besar akan keyakinan yang teguh terhadap pengharapan: akhirnya, pengampunan dosa bukan berasaskan nilai atau perbuatan terbatas saya, tetapi berasaskan nilai tidak terbatas kebenaran Allah, kesetiaan Allah yang tidak berubah-ubah untuk mendukung dan mewajarkan kemuliaan nama-Nya.

Saya menggesa anda dengan setulus hati, untuk menyatakan pendirian anda terhadap ini. Mendasarkan hidup anda padanya. Mendasarkan harapan anda dalamnya. Anda akan menjadi bebas daripada penetapan minda dunia yang sia-sia. Anda tidak akan jatuh.

Apabila pemuliaan Allah akan Allah dalam Kristus adalah sukacita anda, ia tidak akan gagal.

“Did Christ Die for Us of for God?”

Hari 2

Perihal Pelan

Finding Real Happiness: Devotions with John Piper

Allah memandang berat terhadap kita. Walau bagaimanapun, tujuan-Nya adalah menggalakkan kita untuk menikmati kebaikan-Nya. Dalam renungan 3 hari ini, John Piper menggesa pembaca melewati tindakan kasih Yesus supaya melihat matlamat kasih-Nya.

More

We would like to thank John Piper and Desiring God for providing this plan. For more information, please visit: www.desiringgod.org