Mencari Kebahagiaan Sebenar: Renungan bersama John PiperSampel
![Finding Real Happiness: Devotions with John Piper](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F380%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Orang yang mempercayai Yesus menjadi kesayangan Allah (kita ialah pengantin-Nya!). Dia amat mengasihi kita sehingga Dia tidak akan membenarkan kepentingan kita ini untuk menjadi allah kita.
Sesungguhnya, Allah memandang berat terhadap kita (pengambilan anak angkat!), tetapi Dia melakukannya dalam cara yang menggalakkan kita untuk menikmati kebaikan-Nya.
Uji diri. Jika Yesus menghabiskan masa dengan anda, duduk bersama anda atas sofa, dan berkata, “Saya amat mengasihi kamu,” apakah yang akan menjadi tumpuan perhatian anda sepanjang masa bersama itu?
Bagi saya, terdapat terlalu banyak lagu dan khutbah yang memberikan kita jawapan yang salah. Ia memberikan tanggapan bahawa kemuncak sukacita kita adalah dalam perasaan dikasihi yang berulang-ulang. “Dia mengasihi saya!” “Dia mengasihi saya!” Ini pasti menimbulkan sukacita, namun, ia bukanlah kemuncak atau tumpuannya.
Apakah yang disampaikan oleh kata-kata “Saya dikasihi”? Apakah yang kita maksudkan? Apakah makna “dikasihi”?
Tidakkah sukacita terbesar yang paling mengujakan timbul daripada memerhatikan Yesus sepanjang hari dan seruan, “Engkau amat mengagumkan!” “Engkau amat mengagumkan!”
- Dia menjawab soalan yang paling sukar, dan kebijaksanaan-Nya adalah mengagumkan.
- Dia menyentuh kudis yang kotor dan meleleh, dan belas kasihan-Nya adalah mengagumkan.
- Dia membangkitkan wanita di pejabat pemeriksa perubatan daripada kematian, dan kuasa-Nya adalah mengagumkan.
- Dia meramalkan peristiwa hari itu, dan pengetahuan lebih dahulu-Nya adalah mengagumkan.
- Dia tidur semasa gempa bumi, dan keberanian-Nya amat mengagumkan.
- Dia berkata, “Sebelum Abraham dilahirkan, Aku sudah ada,” dan kata-kata-Nya adalah mengagumkan.
Kita berjalan bersama-sama-Nya dengan perasaan kagum akan pengalaman itu.
Bukankah kasih-Nya terhadap kita itu keinginan-Nya untuk melakukan untuk kita segala sesuatu yang mesti dilakukan-Nya (termasuk mati untuk kita) supaya kita dapat berasa kagum melihat-Nya dan tidak dibakar-Nya? Penebusan, penyemahan, pengampunan, pembenaran, pemulihan - semuanya perlu berlaku. Semua ini adalah tindakan kasih.
Walau bagaimanapun, matlamat kasih yang menjadikan tindakan tersebut berkasih adalah kita berada bersama-Nya dan melihat kemuliaan-Nya yang mengagumkan dan begitu terkejut. Pada waktu itu, kita lupa akan diri sendiri dan melihat serta merasakan Dia.
Maka, saya menggesa para pastor dan guru: Menggalakkan orang menerusi tindakan kasih Kristus ke arah matlamat kasih-Nya. Jika penebusan, penyemahan, pengampunan, pembenaran dan pemulihan tidak membawa kita kepada penikmatan Yesus, ia bukanlah kasih.
Tegaskan hal ini. Inilah yang didoakan Yesus.
Kitab
Perihal Pelan
![Finding Real Happiness: Devotions with John Piper](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F380%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Allah memandang berat terhadap kita. Walau bagaimanapun, tujuan-Nya adalah menggalakkan kita untuk menikmati kebaikan-Nya. Dalam renungan 3 hari ini, John Piper menggesa pembaca melewati tindakan kasih Yesus supaya melihat matlamat kasih-Nya.
More