Doa yang berkuasaSampel
Suatu Waktu - Di Suatu Tempat
Seorang wanita muda yang sangat menyukai bunga, menanam pokok anggur yang jarang ditemukan di pangkal dinding batu. Pokok itu tumbuh, tetapi tidak kelihatan berbunga. Hari demi hari wanita itu menjaga pokok itu dan mencuba segala cara yang mungkin untuk membuat agar pokok itu mekar.
Pada suatu pagi, ketika wanita itu memeriksa anggurnya dengan perasaan kecewa, jirannya yang kurang upaya memanggilnya dan berkata, "kamu tidak dapat membayangkan betapa saya sangat menikmati bunga di pokok anggur yang kamu tanam itu."
Wanita tersebut mengikuti arah pandangan jirannya dan melihat bahawa terdapat banyak bunga di sisi dinding. Pokok anggur itu nampaknya merayap melalui celah dinding yang ada dan kemudian berbunga di sisi lain.
Berapa kerap kita berfikir bahawa usaha kita sia-sia kerana kita tidak melihat hasilnya! Kita harus belajar bahawa dalam perlayanan Tuhan, setiap doa, kerja keras, dan salib kita, tidak ada yang sia-sia. Segala-galanya akan berbuah dan setiap hati akan menerima berkat dan sukacita – suatu waktu, di suatu tempat.
Renungan
Apabila kita berdoa, kita sering menjadi putus asa dan iman kita goyah kerana kita tidak melihat jawapan kepada doa kita. Sebenarnya, tidak ada doa kita terbuang dengan sia-sia. Adakah kita percaya kepada Tuhan bahawa setiap doa kita akan mengubah sesuatu? Marilah kita bertekun di dalam doa kita.
Jangan berusaha menilai kualiti doa anda. Hanya Tuhan yang boleh menghakimi nilainya (Macarius of Optino)
Kitab
Perihal Pelan
Doa adalah nafas setiap orang yang percaya. Doa bukanlah sesuatu yang kita lakukan apabila kita memerlukan sesuatu, tetapi ia harus menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Doa yang berkuasa adalah doa yang penuh dengan iman kepada Tuhan. Apabila kita berdoa, marilah kita sentiasa percaya bahawa Tuhan mampu menjawab setiap doa kita.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Bethany Church (Singapore) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.bcs.org.sg/