Doa yang berkuasaSampel
Doa diumpamakan seperti berenang
Hierocles, seorang ahli falsafah abad ke-5 dari Alexandria, mengumpulkan cerita lawak jenaka ke dalam sebuah buku yang bertujuan untuk memberi pengajaran kepada para pembacanya. Salah satu cerita di dalam buku tersebut adalah mengenai seorang lelaki yang membuat ikrar konyol bahawa dia tidak akan pernah masuk ke dalam air sehingga dia belajar berenang! Sudah tentu, dia tidak akan sampai ke mana-mana!
Sama bodohnya jika kita berfikir bahawa kita harus fasih dalam berkata-kata dengan indah di hadapan orang sebelum kita mampu berdoa. Kita boleh belajar cara berdoa di hadapan umum dengan memulainya terlebih dahulu walaupun pada mulanya perkataan kita tergagap-gagap dan tersekat-sekat.
Doa bagaimanapun juga, adalah sebuah perbualan dengan Tuhan dan syurga.
Renungan
Dalam kehidupan kita, tidak ada seorang pun yang fasih berdoa secara langsung. Sedangkan Tuhan sendiri tidak melihat pada kata-kata yang indah yang kita ucapkan, tetapi Tuhan melihat hati kita dalam berdoa. Bagaimanakah sikap kita dalam berdoa? Adakah kita fokus pada hati kita atau hanya berusaha menggunakan kata-kata yang indah dalam berdoa? Kita harus belajar untuk lebih mengutamakan hati kita dalam berdoa.
Ketika engkau berdoa, lebih baik membiarkan hatimu tanpa kata-kata daripada kata-kata tanpa hatimu (John Bunyan).
Kitab
Perihal Pelan
Doa adalah nafas setiap orang yang percaya. Doa bukanlah sesuatu yang kita lakukan apabila kita memerlukan sesuatu, tetapi ia harus menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Doa yang berkuasa adalah doa yang penuh dengan iman kepada Tuhan. Apabila kita berdoa, marilah kita sentiasa percaya bahawa Tuhan mampu menjawab setiap doa kita.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Bethany Church (Singapore) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.bcs.org.sg/