Doa yang berkuasaSampel

Doa yang berkuasa

HARI 2 DARIPADA 5

Doa Yang Efektif

Seorang wanita yang terbaring di atas katil mengalami sakit kepala yang sangat teruk. Dia berkata kepada rakannya yang menjaganya di sisinya, "Jikalau saja, saya boleh tidur selama 10 minit, saya akan merasa lebih baik." Rakannya tidak berkata apa-apa melainkan berdoa di dalam hatinya supaya Tuhan akan memberikan rakannya itu 10 minit untuk tidur.

Memang benar bahawa permintaan dan imannya kecil, tetapi Tuhan, yang sangat lembut, tidak akan memandang rendah iman yang lemah atau permintaan kecil. Rakannya itu kemudiannya terlena, dan dia mengatakan bahawa itu adalah tidur yang paling nyenyak yang pernah dia alami.

Doa yang spesifik sangat berkuasa. Kita harus berdoa secara spesifik jika kita mahu Tuhan memberikan apa yang kita perlukan. Kanak-kanak berasa bebas untuk datang kepada ibu bapa mereka dan meminta sesuatu walaupun itu adalah perkara yang tidak penting. Satu-satunya harapan untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan adalah meminta, dan dalam hal ini adalah meminta secara spesifik.

Renungan

Di dalam doa kita, ada kalanya Tuhan mahu kita berdoa secara spesifik dan terbuka untuk menyatakan keinginan kita kepada-Nya. Adakah kita sentiasa berdoa secara spesifik tentang keinginan dan kerinduan hati kita? Marilah kita mula untuk terbuka kepada Tuhan dan menyatakan isi hati akan kerinduan dan keinginan spesifik kita.

Doa adalah alat yang ampuh, bukan untuk membuat kehendak seseorang berlaku di syurga, tetapi untuk membuat kehendak Tuhan berlaku di bumi (Robert Law)

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Doa yang berkuasa

Doa adalah nafas setiap orang yang percaya. Doa bukanlah sesuatu yang kita lakukan apabila kita memerlukan sesuatu, tetapi ia harus menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Doa yang berkuasa adalah doa yang penuh dengan iman kepada Tuhan. Apabila kita berdoa, marilah kita sentiasa percaya bahawa Tuhan mampu menjawab setiap doa kita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Bethany Church (Singapore) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.bcs.org.sg/