Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel
MENYEDIAKAN TANAH
Baca Lukas 8:4-8.
Cuma benih Allah yang ditanam dalam tanah subur akan berbuah. Apakah rupanya hati yang "baik dan jujur"? Apakah jenisnya pendengar ini? Pendengar ini ketika mendengar firman Allah membawanya ke hati, mendengar, bertaubat, mempercayai, dan berpatuh. Benih itu bertunas dalam hati ini, bertumbuh, dan menghasilkan buah yang akan matang.
Bagaimanakah anda menerima firman Allah?
Dalam perumpamaan ini Yesus menyuruh kita memeriksa diri: Apakah aku mempunyai telinga untuk mendengar? Apakah aku mempunyai hati yang dapat respons kepada firman Allah dengan pertaubatan, kepercayaan, dan kepatuhan?
Ketika saya melihat kembali kehidupan saya sebagai pengikut Kristus, saya sedar bahawa dalam sepuluh tahun yang pertama, lalang dunia membantutkan firman Allah. Saya mengasihi benda-benda dunia. "Kehidupan saya" terlalu penting. Firman Allah memang terjatuh ke dalam tanah hati saya dan bertunas, tetapi kebimbangan dan kekhuatiran dunia ini jauh melebihi kepentingan Allah dan kerajaanNya. Syukurnya Allah tidak membiarkan saya di sana; Dia menyelamatkan saya. Seolah-olahnya Dia memecahkan tanah hati saya. Namun itu tidak mencukupi. Dia langsung mengubah hati saya. Benih yang ditanamNya dalam hati saya berakar dan tumbuh. Sejak hari itu hati baru ini responsnya terhadap firman Allah berbeza sekali. Ia berbahagia dalam hukum Tuhan!
Baca Mazmur 1.
Sekirannya hati anda berbahagia dalam Allah dan firmanNya, puji dan berterima kasih kepadaNya! Bersyukurlah atas anugerahNya yang tidak terukur dan rajin memupuknya! Sekiranya hati anda tidak berbahagia dalam hukum Allah, jangan berputus asa, jangan menjauhkan diri dariNya. Akui ini kepada Tuhan. Tiada seseorang yang berkuasa menyuburkan tanah hati mereka. Minta Allah mengampuni anda dan membersihkan segala ketidakbenaran anda. "Tuhan, semoga firman hidup Kamu menembusi hati kami dan menghasilkan tuaian kesolehan!"
Untuk beberapa minggu akan datang, bawalah firman Allah ke hati dan mintaNya membantu anda menerimanya melalui iman dan menghidupkannya melalui kepatuhan. Minta Allah membantu anda menghasilkan tuaian kesolehan yang berlimpahan.

Kitab
Perihal Pelan
Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.
More
Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org