Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring

HARI 7 DARIPADA 40

Menanam dan Memelihara Taman Anda

BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 1:1-10.
Baca kembali petikan ini dan buatkan senarai berkat-berkat rohani anda dalam Kristus. Apakah ada sesuatu berkat yang khusus berkaitan anda hari ini? Ketika anda membaca, jadikan berkat-berkat ini berkat peribadi. Contohnya: "Aku dipilih sebelum dunia dijadikan."

MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.

Efesus 1:3
"Marilah kita bersyukur kepada Allah dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana kita hidup bersatu dengan Kristus, Allah sudah memberkati kita dengan segala berkat rohani dari syurga."

MENJIRAM BENIH
Pertimbangkan maksudnya "diberkati dengan Kristus segala berkat rohani". Berdoa 2-3 minit dan pertimbangkan bagaimana anda menghadapi hari anda dengan kesedaran ini. Hari ini, ketika anda membuat keputusan atau menghadapi krisis, ulangi ayat ini kepada diri sendiri. Selepas itu berlangkahlah dengan iman. Percayalah "dalam Kristus Allah sudah memberkati kita dengan segala berkat rohani." Percayalah kekuatanNya dan ingatlah kasihNya terhadapmu.

BERBUAH
Diberkati dengan segala berkat rohani.

BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.
Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

Seeds of Spring

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org