Adven: Menemui Semula Krismas dalam Kekucar-KaciranSampel

Advent: Rediscovering Christmas in the Chaos

HARI 4 DARIPADA 4

Kasih Tak Bersyarat

Pada minggu Adven yang keempat, kita menumpukan perhatian pada KASIH.

Roma 8 memberitahu kita bahawa kita harus yakin bahawa tidak ada sesuatu pun yang dapat memisahkan kita daripada kasih Allah…

Kerana aku yakin bahawa kematian mahupun kehidupan, para malaikat mahupun para pemerintah, masa kini mahupun masa depan, baik kuasa apa pun, ketinggian mahupun kedalaman, baik apa pun yang lain dalam seluruh ciptaan, tidak akan dapat memisahkan kita daripada KASIH Allah yang di dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.
– Roma 8:38-39 (AVB)

Mendengar kata-kata tentang keadaan hidup yang amat besar seperti kehidupan dan kematian, malaikat dan iblis, dan masa kini dan masa depan, kita segera terfikir bahawa ayat ini ialah tentang peristiwa hidup kita yang besar sahaja—kesilapan penilaian yang tidak dapat dibalikkan seperti sedia kalaan, penyakit yang menghilangkan keupayaan, kesukaran yang amat sangat.

Memanglah benar… tiada satu pun antara itu yang dapat memisahkan kita daripada kasih Allah yang tidak bersyarat.

Walau bagaimanapun, saya fikir perkara kecil yang menyelinap masuklah, meskipun sesuatu yang kelihatan baik, yang menjauhkan kita daripada kasih-Nya pada musim Krismas.

Salah satu sebab saya sangat menggemari Adven—dan menghabiskan masa untuk merenungi harapan, kedamaian, sukacita dan kasih Allah pada musim ini—ialah saya mendapati berulang kali bahawa beberapa aktiviti tradisional yang dikaitkan dekat dengan Krismaslah (perhimpunan keluarga, kegiatan menghias, pemberian hadiah, juga pelayanan) yang menjadi perkara yang mengalihkan perhatian kita daripada Yesus.

Kita mungkin kagum dengan suasana Krismas—pemandangan, bau, dan rasa—sehinggakan bila perkara tersebut adalah kekurangan (memang tidak dapat dielakkan dalam sesetengah keadaan pada musim cuti yang sibuk), kita tidak merasai kasih yang dimaksudkan untuk tersebar luas pada musim ini.

Masa dan tenaga kita boleh terlalu tertumpu pada menyediakan rumah kita untuk tetamu, perincian parti sekolah anak atau pertukaran hadiah rahsia di pejabat, sehinggakan kita menjadi tertekan dan letih. Kadang-kadang kita rasa usaha besar kita dalam aktiviti ini akan membawa kasih sayang keluarga, kawan, atau rakan sekerja. Sementara tindakan kita mungkin menyenangkan hati sesetengah orang, tindakan kita bukanlah sebab Allah mengasihi kita.

Semasa saya membaca Roma 8, dan semasa saya diingatkan tentang kasih Allah yang tidak terbatas dan amat sangat terhadap kita melalui semua kesukaran hidup kita, saya dapat mengatakan dengan yakin bahawa…

Tidak barisan panjang mahupun rak yang kosong…
Tidak pokok Krismas yang renyuk-renyuk mahupun lampu yang terbakar…
Tidak hadiah yang sampai lambat mahupun kraf yang tidak lengkap…
Tidak rumah roti halia yang tidak siap mahupun kalendar Adven yang tidak dibuka…

… boleh memisahkan kita daripada kasih Allah.

Anda mungkin ketawa, tetapi ada kalanya kekecewaan yang kecil inilah yang menjauhkan kita daripada Dia, dan daripada mengasihi orang lain dengan baik, semasa kita bersedia untuk meraikan Krismas.

Pada Krismas ini, biarlah tradisi dan perayaan anda membenarkan anda untuk mengasihi orang lain dengan sepenuhnya dan mendekatkan anda kepada Allah yang mengasihi anda. Jika satu (atau banyak!) perkara yang kecil tidak berjalan lancar seperti rancangan anda, ketahuilah bahawa Dia masih ada di sisi anda. Semoga anda tetap yakin semasa musim Adven yang sibuk ini bahawa tiada apa pun (besar atau kecil) yang dapat memisahkan anda daripada KASIH Allah.

Pelan empat hari ini diadaptasi daripada Embracing Advent: Rediscovering Christmas in the Chaos oleh Jen Ludwig. Jika anda ingin terus menerima hadiah harapan, kedamaian, sukacita dan kasih Allah dengan renungan sepanjang musim Adven, hubungi Jen di www.jenludwig.com atau @embracingadvent.

Hari 3

Perihal Pelan

Advent: Rediscovering Christmas in the Chaos

Adakah anda inginkan perayaan Krismas yang lebih mendalam dan bermakna? Tahun ini, temui semula hadiah HARAPAN, KEDAMAIAN, SUKACITA, dan KASIH yang diberikan oleh Allah kepada kita semua pada musim yang sibuk ini. Menemui Semula Krismas dalam Kekucar-kaciran menerokai tema Adven melalui ayat Alkitab dan bacaan yang bertujuan menyediakan kita untuk menjauhi kegilaan musim cuti dan betul-betul meraikan kelahiran Yesus!

More

Kami mengucapkan terima kasih kepada Jen Ludwig kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://jenludwig.godaddysites.com/