Adven: Menemui Semula Krismas dalam Kekucar-KaciranSampel
Menanti dengan Berharapan
Musim Adven merangkumi empat minggu sebelum Krismas dan merupakan masa yang dimaksudkan untuk menyediakan hati kita untuk meraikan kelahiran Kristus. Pada minggu Adven yang pertama, kita menumpukan perhatian pada HARAPAN.
Harapan membayangkan penantian. Harapan melibatkan kesabaran.
TUHAN adalah baik bagi orang yang BERHARAP kepada-Nya,
bagi jiwa yang mencari Dia.
Adalah baik menanti dengan diam
pertolongan TUHAN.
– Ratapan 3:25-26 (AVB)
Perkataan yang diterjemahkan sebagai BERHARAP dalam ayat ini ialah perkataan Ibrani qavah. Kadang-kadang perkataan ini diterjemahkan sebagai "menanti-nantikan". Definisi harfiahnya dalam Strong's Exhaustive Concordance of the Bible ialah “diikat (barangkali melalui pemintalan)” dan berasal daripada perkataan tali pintal.
Pada asasnya, perkataan ini memaksudkan penantian seolah-olah menantikan sesuatu yang positif untuk berlaku. Qavah boleh dibandingkan kepada ketegangan yang kuat semasa anda berpaut pada tali dan seseorang yang lain juga memegangnya di hujung yang satu lagi. Dalam fikiran saya, saya membayangkan tali jalin yang kuat, yang mengikat kita dengan kuatnya kepada Allah.
Bayangkan apa yang berlaku apabila anda melepaskan tali itu atau membenarkan tali itu menjadi terlalu kendur. Tiada lagi ketegangan. Tiada lagi harapan.
Dengan kata lain, harapan melibatkan tindakan kita.
Menanti dengan tenang mungkin tidak kelihatan seperti suatu tindakan. Sebenarnya, untuk seseorang seperti saya (perancang yang handal), menanti kelihatan seperti ketidakgiatan sama sekali. Namun, inilah cara berharap yang diarahkan—sebenarnya kita perlu bersikap sengaja dalam penantian sabar kita.
Menanti dengan tenang tidak boleh berlaku semasa kita berlari dari tempat ke tempat dan membakar kek, membeli-belah, bernyanyi, dan makan sepanjang musim cuti ini.
Menanti dengan tenang memerlukan masa, tempat di mana kita tidak diganggu, dan mendengar untuk mengetahui langkah kecil yang telah disediakan oleh Allah di hadapan kita untuk hari ini, bukannya tergesa-gesa mara untuk sampai ke garis penamat atas usaha sendiri.
Semasa kita menanti-nanti dengan sabar, Allah berjanji untuk menguatkan kita…
Tetapi orang yang BERHARAP [qavah] kepada TUHAN
akan mendapat kekuatan baru.
Mereka seperti burung rajawali, yang terbang tinggi dengan kekuatan sayapnya.
Mereka akan berlari dan tidak lelah;
mereka akan berjalan dan tidak menjadi lemah.
– Yesaya 40:31 (BM)
Pada musim Adven ini, saya menjemput anda untuk meluangkan masa semasa anda mula membuat senarai tugasan anda agar menanti dengan tenang. Tetapkan masa sunyi dengan sengaja untuk mencari Dia. Carilah kerusi yang selesa dan berbual seorang ke seorang dengan Allah untuk beberapa minit setiap hari. Berpaut pada tali HARAPAN, dan rasalah Dia berpegang kuat pada hujung yang satu lagi.
Perihal Pelan
Adakah anda inginkan perayaan Krismas yang lebih mendalam dan bermakna? Tahun ini, temui semula hadiah HARAPAN, KEDAMAIAN, SUKACITA, dan KASIH yang diberikan oleh Allah kepada kita semua pada musim yang sibuk ini. Menemui Semula Krismas dalam Kekucar-kaciran menerokai tema Adven melalui ayat Alkitab dan bacaan yang bertujuan menyediakan kita untuk menjauhi kegilaan musim cuti dan betul-betul meraikan kelahiran Yesus!
More