Adven: Menemui Semula Krismas dalam Kekucar-KaciranSampel

Advent: Rediscovering Christmas in the Chaos

HARI 3 DARIPADA 4

Memberi dengan Sukacita

Pada minggu Adven yang ketiga, kita menumpukan perhatian pada SUKACITA.

Walau bagaimanapun, salah satu perkara yang dimaksudkan untuk membawa sukacita kepada kita pada musim ini boleh merampas sukacita kita: pemberian hadiah. Kekucar-kaciran kawasan membeli-belah, tekanan mencari "hadiah yang sempurna," dan kesan kewangan membeli bilangan hadiah yang banyak sekaligus. Semua ini menjadikannya sukar untuk menjadi "pemberi yang bersukacita."

Masing-masing harus memberi sebanyak yang telah ditentukannya. Orang harus memberi dengan rela dan sukacita, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan senang hati. Allah berkuasa memberkati kamu dengan berlimpah-limpah, sehingga kamu mempunyai apa yang kamu perlukan. Bahkan kamu akan mempunyai lebih daripada cukup untuk mengamalkan perbuatan BAIK.
– 2 Korintus 9:7-8 (BM)

Dorongan di sini ialah memberi dengan rela, mengetahui bahawa Allah akan menjaga keperluan anda sementara anda menjaga keperluan orang lain. (Dan, dengan terus terang, Paulus mengatakan jangan memberi jika anda tidak dapat melakukannya dengan bersukacita.) Saya rasa ini sama dengan pemberian hadiah Krismas kita juga.

Saya menggalakkan anda untuk berfikir bagaimana anda boleh membentuk semula pemikiran anda tentang pemberian hadiah supaya pencarian, perbelanjaan, atau pengorbanan itu tidak merampas sukacita musim cuti ini. Terdapat beberapa cara untuk memastikan pemberian kita dipenuhi sukacita …

1 – Berdoa dengan penuh tujuan.

2 – Membuat belanjawan secara praktis.

3 – Berfikir secara kreatif.

Mula dengan berdoa dengan penuh tujuan. Memberi hadiah dengan ceria melibatkan serba sedikit perancangan, dan ini bermula dengan doa. Sebelum anda mula membeli-belah, mengatur strategi, atau mencipta, mintalah Allah agar memberikan anda wawasan tentang cara anda dapat memberkati setiap orang dalam senarai Krismas anda. Mintalah inspirasi dan pembentukan idea. Anda juga boleh berdoa agar setiap orang diberkati dengan hadiah harapan, kedamaian, sukacita dan kasih yang tiada tolok bandingnya pada musim Adven ini!

Kemudian, sediakan belanjawan secara praktis. Petikan ini secara eksplisitnya memimpin setiap orang untuk "memberi sebanyak yang telah ditentukannya." Maka, rancanglah lebih awal. Tentukan jumlah yang mampu dibelanjakan, belanja berdasarkan belanjawan itu, supaya anda dapat memberi dengan bersukacita.

Akhirnya, berfikir secara kreatif. Satu perkara yang saya dapati berguna ialah mempertimbangkan hadiah unik yang bermakna dan membina hubungan, daripada benda yang dapat dibeli di kedai. Saya mendorong anda untuk merenungi bagaimana anda dapat memberi hadiah yang luar biasa pada tahun ini.

Contohnya, mungkin Allah telah memberikan anda bakat istimewa yang dapat dikongsi dengan menghasilkan hadiah Krismas yang peribadi tahun ini. Mungkin anda memiliki kemahiran dan pengetahuan yang dapat dikongsi. Mungkin pemberian yang paling berharga yang dapat anda berikan ialah masa. (Kupon untuk janji temu kopi dan pengaturan pengembaraan lain dapat meningkatkan sukacita anda bukan pada pagi Krismas sahaja, malah pada tahun akan datang sementara anda menghabiskan masa untuk melabur dalam orang yang dikasihi!)

Krismas sudah dekat, luangkan masa pada beberapa hari seterusnya untuk membuat perancangan hadiah. Berhenti dan berfikir tentang pendekatan pemberian yang berbeza bagi tahun ini. Biarlah Allah memimpin anda ke arah idea pemberian yang luar biasa yang akan memberkati orang yang dikasihi. Sesudah anda berdoa, membuat belanjawan, dan sumbang saran kreatif, berilah dengan murah hati, berilah dengan ceria, dan berilah dengan BERSUKACITA.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Advent: Rediscovering Christmas in the Chaos

Adakah anda inginkan perayaan Krismas yang lebih mendalam dan bermakna? Tahun ini, temui semula hadiah HARAPAN, KEDAMAIAN, SUKACITA, dan KASIH yang diberikan oleh Allah kepada kita semua pada musim yang sibuk ini. Menemui Semula Krismas dalam Kekucar-kaciran menerokai tema Adven melalui ayat Alkitab dan bacaan yang bertujuan menyediakan kita untuk menjauhi kegilaan musim cuti dan betul-betul meraikan kelahiran Yesus!

More

Kami mengucapkan terima kasih kepada Jen Ludwig kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://jenludwig.godaddysites.com/