Mempelajari Disiplin RohaniSampel

Learning Spiritual Discipline

HARI 3 DARIPADA 4

DISIPLIN ROHANI MENGKAJI ALKITAB

BERCAKAP DENGAN ALLAH
Bersyukur kepada Allah kerana Firman-Nya, yang membantu anda untuk memahami perkara yang terbaik untuk kehidupan anda, dan berdoa agar Allah akan memberikan anda keinginan untuk mengkaji dan mentaatinya.

MENYELAMINYA
Ambil buku nota dan pen, dan ke luar atau menerokai rumah anda. Tuliskan apa yang dilihat, didengar dan dihidu. Anak kecil boleh melakukannya bersama ibu bapa atau adik-beradik. Apabila semua orang sudah selesai mencatatkannya, bincangkan perkara yang diperhatikan apabila anda menyelidiki persekitaran anda. Bercakap tentang apa yang tidak pernah diperhatikan sebelum ini.

MENDALAMINYA
Sebagaimana anda menemui perkara yang baru dalam persekitaran yang biasa, anda boleh selalu menemui perkara yang baru dalam Alkitab — walaupun anda pernah membacanya. Apabila anda membaca Alkitab, anda harus cuba menemui butir-butir baru tentang Allah, sifat-Nya dan cara anda boleh menjadi seperti-Nya. Satu cara untuk menemui ini adalah dengan mengkaji kehidupan tokoh Alkitab. Ataupun anda boleh mengkaji topik tertentu, seperti berdoa atau persembahan. Anda juga boleh mengkaji Alkitab dari mula hingga akhir dan perjalanan dengan Allah sepanjang sejarah. Tidak kira jenis pengajian Alkitab yang dipilih, Roh Kudus menghidupkan Firman Allah dalam hati anda dengan membantu anda menemukan perkara yang tidak pernah diperhatikan sebelumnya.

BERCAKAP KEPADA SATU SAMA LAIN
- Kisah Alkitab yang manakah adalah istimewa buat anda? Mengapa?
- Apakah faedah mengkaji Alkitab?
- Apakah beberapa topik yang anda ingin kaji dalam Firman Allah? (Rujuk konkordans di belakang Alkitab anda untuk idea mengikut topik.)
Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Learning Spiritual Discipline

Dalam pelan ini, anda dan anak anda akan meneliti empat disiplin rohani: berpuasa, bertafakur, mengkaji Alkitab, dan bersembah. Anda akan didorong untuk berbual secara jujur tentang cabaran mengamalkan disiplin ini, dan melalui aktiviti yang menawan dan merangsang fikiran, anda akan mula melihat disiplin ini lebih sebagai hak istimewa daripada kerja. Setiap hari termasuk peringatan doa, bacaan dan penjelasan Alkitab yang ringkas, aktiviti praktikal, dan soalan perbincangan.

More

We would like to thank Focus on the Family for providing this plan. For more information, please visit: www.FocusontheFamily.com