Mempelajari Disiplin RohaniSampel
DISIPLIN ROHANI BERPUASA
BERCAKAP DENGAN ALLAH
Bersyukur kepada Allah kerana membekalkan keperluan harian anda. Minta Roh Kudus untuk membantu anda agar lebih sedar akan kemurahan Allah.
MENYELAMINYA
Tuliskan kategori berikut pada helaian kertas yang berlainan: aktiviti selepas waktu sekolah, mainan atau alat elektronik, snek, minuman, rancangan TV. Masukkan helaian kertas yang dilipat itu ke dalam sebuah mangkuk. Ambil giliran mengambil helaian kertas daripada mangkuk itu. Setiap orang membaca kategori yang dipilih dan nyatakan kegemaran diri dalam kategori tersebut. Bincangkan betapa mudah atau sukar untuk tidak lagi melakukannya untuk seketika.
MENDALAMINYA
Berpuasa bermaksud tidak melakukan sesuatu yang dinikmati atau diperlukan untuk tempoh masa yang dikhususkan. Dalam Perjanjian Lama, berpuasa adalah biasa untuk seluruh bangsa yang menginginkan bantuan atau arahan Allah (2 Tawarikh 20:3, Yunus 3:5). Dalam Perjanjian Baru, Yesus berpuasa (Matius 4:2) dan mengajar murid-murid-Nya tentang puasa (Matius 6:17-18). (Berpuasa tidak selalunya idea yang baik untuk kanak-kanak atau wanita hamil. Mereka boleh berhenti melakukan sesuatu yang lain, sesuatu yang betul-betul diingini atau digemari.) Berpuasa seharusnya sebahagian yang biasa dalam kehidupan kita; ia membenarkan anda untuk menumpukan masa dan perhatian anda pada Allah. Apabila digabungkan dengan doa dan masa dengan Firman Allah, berpuasa menguatkan iman anda dan membantu anda untuk menjadi lebih yakin akan kuasa Allah.
BERCAKAP KEPADA SATU SAMA LAIN
- Apakah beberapa faedah berpuasa?
- Bagaimanakah berpuasa membawa anda lebih dekat kepada Allah?
- Apakah satu perkara yang anda nikmati, yang boleh ditinggalkan untuk sehari?

Kitab
Perihal Pelan
Dalam pelan ini, anda dan anak anda akan meneliti empat disiplin rohani: berpuasa, bertafakur, mengkaji Alkitab, dan bersembah. Anda akan didorong untuk berbual secara jujur tentang cabaran mengamalkan disiplin ini, dan melalui aktiviti yang menawan dan merangsang fikiran, anda akan mula melihat disiplin ini lebih sebagai hak istimewa daripada kerja. Setiap hari termasuk peringatan doa, bacaan dan penjelasan Alkitab yang ringkas, aktiviti praktikal, dan soalan perbincangan.
More
We would like to thank Focus on the Family for providing this plan. For more information, please visit: www.FocusontheFamily.com