Mempelajari Disiplin RohaniSampel

Learning Spiritual Discipline

HARI 2 DARIPADA 4

DISIPLIN ROHANI BERTAFAKUR

BERCAKAP DENGAN ALLAH
Bersyukur kepada Allah kerana kuasa Firman-Nya. Minta-Nya untuk membantu anda tetap terfokus pada Firman-Nya sepanjang hari supaya anda boleh menjadi lebih seperti Yesus.

MENYELAMINYA
Sediakan sepinggan snek. Izinkan semua orang untuk memakannya, asalkan mereka mematuhi satu arahan penting: Setiap gigitan makanan mesti dikunyah sekurang-kurangnya 20 kali. Selepas setiap orang menghabiskan satu gigitan, jemputnya untuk menggambarkan rasa dan tekstur berbeza yang dialaminya secara terperinci.

MENDALAMINYA
Ada kalanya, orang mengatakan, "Saya perlu memikir-mikirkan ('chew' dalam bahasa Inggeris, bermaksud 'mengunyah') itu untuk seketika." Apabila kita merenungkan Alkitab, kita mengambil masa untuk berfikir tentangnya dan "mengunyahnya." Jika kita memakan makanan tanpa mengunyahnya, kita tidak mungkin dapat merasanya. Semakin lama kita mengunyah, semakin banyak kita menikmati rasanya dan diperkuatkan. Ia adalah sama dengan Firman Allah. Apabila kita mengambil masa untuk berfikir tentang apa yang dimaksudkan dan cara kita boleh menggunakannya dalam kehidupan kita, kita akan memperoleh lebih banyak manfaat berbanding membacanya sahaja dan tidak berfikir tentangnya lagi. Roma 12:2 mengatakan bahawa kita mengubah kehidupan kita melalui pembaharuan fikiran, atau mengubah cara kita berfikir tentang sesuatu. Kita boleh belajar untuk fikir seperti Allah dengan merenungkan Firman-Nya.

BERCAKAP KEPADA SATU SAMA LAIN
- Apakah yang difikirkan anda untuk sebahagian besar daripada masa anda?
- Bagaimanakah kehidupan anda akan berubah jika anda menghabiskan masa yang lebih banyak untuk berfikir tentang Firman Allah?
- Apakah satu petikan Alkitab yang anda ingin renungkan?
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Learning Spiritual Discipline

Dalam pelan ini, anda dan anak anda akan meneliti empat disiplin rohani: berpuasa, bertafakur, mengkaji Alkitab, dan bersembah. Anda akan didorong untuk berbual secara jujur tentang cabaran mengamalkan disiplin ini, dan melalui aktiviti yang menawan dan merangsang fikiran, anda akan mula melihat disiplin ini lebih sebagai hak istimewa daripada kerja. Setiap hari termasuk peringatan doa, bacaan dan penjelasan Alkitab yang ringkas, aktiviti praktikal, dan soalan perbincangan.

More

We would like to thank Focus on the Family for providing this plan. For more information, please visit: www.FocusontheFamily.com