Kebijaksanaan untuk Kesihatan MentalSampel
Rumah Api 3: Doa
Adakah Allah mendengar saya? Adakah Dia melihat penderitaan saya? Dan ... adakah Dia akan menolong saya? Ini merupakan soalan yang biasa, terutamanya bagi orang yang bergelut dengan kesihatan mental.
Ayat seperti ayat yang baru dilihat hari ini memberikan harapan:
Oleh itu, marilah kita dengan penuh keberanian menghadap takhta Allah, kerana di situ rahmat-Nya melimpah. Di situ kita akan menerima belas kasihan-Nya dan mengalami kasih-Nya, pada masa kita memerlukan pertolongan. Ibrani 4:16 BM
Ini memberitahu kita bahawa kita boleh berdoa dengan keyakinan bahawa Allah melihat, mendengar dan mengasihi kita. Sementara kita mengetahui bahawa ini adalah benar, ia tidak selalunya mudah.
Anda mungkin meminta pertolongan Allah, tetapi keadaan anda rasanya tidak bertambah baik. Ini membuat anda tertanya-tanya jika ayat ini betul-betul berkaitan dengan anda.
Mujurlah, Rasul Paulus tertanya-tanya tentang hal yang sama dalam 2 Korintus 12. Apakah yang dihadapinya? Kita tidak tahu. Paulus cuma memanggilnya "duri dalam daging."
Banyak orang membuat spekulasi tentang duri itu, tetapi tiada jawapan yang jelas. Paulus mungkin lebih suka demikian. Mengapa? Kerana maksud petikan itu bukanlah duri Paulus—tetapi bagaimana kita memberikan respons apabila Allah tidak menjawab doa kita menurut harapan kita.
Paulus berdoa agar durinya dihilangkan sebanyak tiga kali, tetapi duri itu tidak hilang. Ia mungkin berasa sedih, kecewa, atau diperdaya; kita tidak pasti apa perasaannya. Namun, kita mengetahui respons Paulus.
Paulus tidak putus asa terhadap Allah atau berhenti berdoa. Sebaliknya, ia menemui kebijaksanaan yang membantunya menemukan ketenangan. Durinya mungkin menyakitkan, tetapi ia merupakan sebahagian daripada rancangan Allah untuk hidupnya. Melalui durinya, ia menemui hubungan yang lebih rapat dan peribadi dengan Allah.
Pendek kata: Doa penyembuhan ialah perkara yang baik dan kerap menjadi sumber ketenangan dan penghiburan. Oleh itu, terus berdoa, walaupun semasa Allah tidak menjawab dalam cara yang diharapkan.
Anda dijemput untuk berdoa. Mintalah ketenangan, mungkin penyembuhan juga, daripada Allah. Semasa anda berdoa, ingatlah untuk meluangkan masa untuk mendengar. Allah mungkin ingin menggalakkan anda atau mengajar anda sesuatu yang baru. Mungkin musim penderitaan ini bertujuan, dan hanya doalah yang dapat membuka potensinya.
Allah hadir, dan Dia ingin berhubungan dengan anda. Dia menjemput kita untuk mendekati-Nya dengan yakin dan meminta apa-apa sahaja. Ada kalanya, kita menerima apa yang diminta. Pada waktu lain, kita tidak menerimanya. Walau bagaimanapun, apabila Allah tidak memberikan respons dalam cara yang dijangka, ia sentiasanya jemputan untuk mendengar, belajar, dan mengalami kasih Allah dalam cara yang baru.
Doa: Allah, terima kasih kerana Engkau ada dekat dengan saya dan sentiasa konsisten. Tolonglah saya untuk mengingati-Mu semasa saya berasa sakit hati, supaya saya boleh berdoa dan menemui ketenangan. Dalam nama Yesus, amin.
Perihal Pelan
Jika anda terharu dengan kesihatan mental anda, anda tidak bersendirian. Cabaran kesihatan mental boleh menimbulkan huru-hara. Anda mungkin rasa tidak apa sekarang ini, tetapi mungkin berasa bimbang, murung, atau kelesuan pada pagi esok. Pelan 5 hari ini boleh membantu anda menemui harapan, penyembuhan, dan ketenangan melalui kebijaksanaan daripada Alkitab.
More