Kebijaksanaan untuk Kesihatan MentalSampel
Rumah Api
Cabaran kesihatan mental boleh membuat anda rasa seolah-olah fikiran anda terumbang-ambing di laut yang bergelora. Sesetengah hari adalah tenang, sementara hari yang lain pula huru-hara. Waktu yang tenang, ribut yang menakutkan, atau hanyut tanpa tujuan boleh berlaku pada bila-bila masa.
Bagaimanakah kita memandu arah kesihatan mental kita yang tidak dapat diduga? Bagaimanakah kita bergerak maju apabila kita tidak tahu jika fikiran kita akan bekerjasama dengan rancangan, tanggungjawab, dan impian kita?
Bayangkan kita berada di kapal yang sebenar di tengah-tengah ribut yang dahsyat. Kita tidak memiliki GPS untuk menentukan kedudukan kita, dan kita tidak tahu jika kita akan melanggar kapal yang lain ataupun menghempas cenuram berbatuan. Satu-satunya panduan kita ialah cahaya kecil yang bersinar dari rumah api di darat.
Rumah api ialah alat yang berguna yang digunakan oleh pelayar untuk memandu arah. Rumah api tidak menghilangkan ribut; ia memberikan panduan untuk membantu pelayar untuk membuat pilihan yang sihat.
Apakah rumah api anda? Siapakah yang anda cari semasa anda berasa kecewa atau bimbang? Apakah alat yang boleh membantu anda menemui harapan?
Sepanjang beberapa hari seterusnya, kita akan mengenal pasti beberapa rumah api kesihatan mental. Kita akan merujuk Alkitab dan membongkar kebijaksanaan untuk membantu kita mencari harapan, pertolongan, dan arah. Marilah kita mulakan.
Rumah Api 1: Berbelas Kasihan Terhadap Diri Sendiri
Kesihatan mental anda berhubungan dengan banyak perkara, seperti tubuh anda, tabiat, hubungan, kimia otak, pengalaman, dan kehidupan rohani. Cabaran kesihatan mental adalah kompleks dan sering di luar kawalan kita.
Kesihatan mental anda mungkin dipengaruhi oleh peristiwa dunia atau kehilangan baru-baru ini. Mungkin anda telah menerima diagnosis klinikal penyakit mental, dan anda mencari-cari ketenangan fikiran yang kekal. Walau apa pun yang sedang anda hadapi, cabaran kesihatan mental anda bukanlah tanda kelemahan.
Anda mungkin terasa malu, sedih dan serba salah kerana kesihatan mental anda. Sebaliknya, Dia mahu menolong anda agar menemui harapan dan penyembuhan.
Oleh itu, sekarang ini, tarik nafas dan berbelas kasihan terhadap diri sendiri. Walau apa pun punca keadaan anda, Allah menyertai anda, dan Dia mengasihi anda.
Doa: Allah, terima kasih kerana Engkau menyertai saya semasa saya bingung. Kuatkan saya melalui kasih kurnia-Mu supaya saya boleh menemui ketenangan. Dalam nama Yesus, amin.
Perihal Pelan
Jika anda terharu dengan kesihatan mental anda, anda tidak bersendirian. Cabaran kesihatan mental boleh menimbulkan huru-hara. Anda mungkin rasa tidak apa sekarang ini, tetapi mungkin berasa bimbang, murung, atau kelesuan pada pagi esok. Pelan 5 hari ini boleh membantu anda menemui harapan, penyembuhan, dan ketenangan melalui kebijaksanaan daripada Alkitab.
More