Kebijaksanaan untuk Kesihatan MentalSampel
Rumah Api 2: Kawan yang Dipercayai
Berada di laut semasa ribut, anda hilang keyakinan bahawa anda akan menempuhnya. Tiba-tiba anda melihat cahaya di kejauhan dan berasa ada harapan. Mengapa? Anda sedar bahawa anda tidak bersendirian.
Pernahkah anda rasa bersendirian? Seolah-olah kesihatan mental anda mengasingkan anda daripada orang lain? Jika anda berasa demikian, ketahui ini: Anda tidak bersendirian, dan anda tidak perlu memandu arah kesihatan mental anda secara sendirian.
Penulis kitab Pengkhutbah menulis tentang bahaya pemencilan. Kita menghadapi pelbagai masalah semasa kita berasa bersendirian. Masalah itu mungkinlah pilihan yang tidak sihat ataupun kehilangan harapan. Ia mungkinlah berpura-pura bahawa kita okey di hadapan orang yang mengasihi kita kerana kita yakin bahawa mereka tidak mungkin memahami keadaan kita.
Reaksi tersebut ialah respons yang biasa. Kesihatan mental memanglah rumit, dan ada kalanya sukar untuk mengetahui cara mendapatkan bantuan atau menemui kata-kata yang betul untuk menggambarkan perasaan kita.
Pengkhutbah mengingatkan kita bahawa ada kekuatan dalam persahabatan yang dipercayai. Sementara orang lain mungkin tidak memahami keadaan anda sepenuhnya, mereka ialah sumber yang berharga.
Berikut ialah beberapa sifat yang baik untuk diperhatikan pada kawan yang dipercayai:
- Seseorang yang mendengar.
- Seseorang yang menggalakkan anda.
- Seseorang yang menyertai anda sepanjang apa jua keadaan.
Anda mungkin berkata, “Saya tidak memiliki siapa-siapa yang mempunyai ketiga-tiga sifat tersebut.” Tidak apa. Persahabatan ialah sukan berpasukan. Jika seseorang memiliki satu sifat tersebut sahaja, dia boleh menjadi sokongan yang baik.
Oleh itu, sekarang ini, fikirlah tentang orang yang paling akrab dengan anda. Pernahkah anda menceritakan pengalaman anda dengan dia? Jika tidak, beritahulah dia. Dia mungkin tidak betul-betul memahami keadaan anda ataupun mengucapkan kata-kata yang betul, dan anda mungkin perlu bertimbang rasa terhadap mereka. Walau bagaimanapun, memanglah lebih mudah untuk menemui harapan dan penyembuhan apabila kita memandu arah kesihatan mental bersama-sama.
Doa: Allah, terima kasih kerana Engkau menempatkan orang dalam hidup saya untuk menunjukkan kasih-Mu kepada saya. Tolonglah saya untuk berterus terang tentang cabaran saya supaya saya boleh mendapatkan bantuan yang diperlukan. Dalam nama Yesus, amin.
Perihal Pelan
Jika anda terharu dengan kesihatan mental anda, anda tidak bersendirian. Cabaran kesihatan mental boleh menimbulkan huru-hara. Anda mungkin rasa tidak apa sekarang ini, tetapi mungkin berasa bimbang, murung, atau kelesuan pada pagi esok. Pelan 5 hari ini boleh membantu anda menemui harapan, penyembuhan, dan ketenangan melalui kebijaksanaan daripada Alkitab.
More