21 Hari Sehingga KelimpahanSampel
Mengalami Kehadiran Allah yang Nyata
Semasa kita mengakhiri minggu kedua pelan ini, marilah kita menumpukan perhatian pada kehadiran Allah yang nyata.
Apabila kita menginginkan kehadiran Allah lebih daripada perkara yang lain, lebih daripada rumah yang baru, kenaikan pangkat, penghormatan, atau kereta yang baru, Dia akan muncul di semua tempat yang kita mencari-Nya.
Kita dipanggil untuk mengamalkan kehadiran Allah. Ini telah menjadi disiplin yang sudah hilang dalam gereja sekarang ini. Banyak orang tidak tahu cara mengamalkan kehadiran Allah yang nyata, kerana mereka tidak tahu apa itu. Dalam aturan penyembahan bersama kita, kita menjadi begitu terkawal dengan melaksanakannya dalam tempoh masa yang tertentu sehinggakan kita tidak memberikan ruang untuk Allah menjadikan kehadiran-Nya nyata dalam kalangan kita. Allah tidak datang mengikut syarat kita.
Marilah kita merujuk semula Yohanes 14:21. Dalam ayat ini, Yesus menyatakan bahawa orang yang mengasihi-Nya akan dikasihi oleh Bapa dan Dia juga (Yesus) akan menunjukkan diri kepadanya!
Dalam Keluaran 33:1-3 dan 12-16, Allah mengarahkan Musa untuk memimpin orang Israel. Apabila Musa rasa tidak mampu untuk menerima cabaran itu dan memberitahu Allah, Allah berkata bahawa Dia akan menghantar hadirat-Nya untuk memimpin mereka. Sementara kehadiran Allah dalam Perjanjian Lama ialah tiang awan pada siang hari dan tiang api pada malam hari, Dia kini menunjukkan diri secara berbeza. Melalui pengorbanan Kristus dan Roh Kudus yang diam dalam kita, kini Dia boleh menyatakan diri-Nya melalui kita.
Kita sangat memerlukan kehadiran Allah yang nyata. Jika kita hanya memiliki janji, kita terlepas hal yang paling penting. Kita tidak harus berpuas hati dengan kehidupan tanpa kehadiran Allah yang nyata untuk sehari pun. Kita tidak harus berpuas hati dengan kebaktian gereja, persekutuan doa, atau apa-apa pelayanan yang lain tanpa kehadiran Allah yang nyata. Kehadiran-Nya itulah yang memberikan perbezaan. Yesus berkata jika kita mengasihi-Nya dan mentaati hukum-Nya, Dia akan menunjukkan diri-Nya kepada kita. Inilah tujuan penciptaan kita.
Perihal Pelan
Dalam pelan YouVersion 21 Hari Sehingga Kelimpahan ini, Jeremiah Hosford akan membawa pembaca untuk perjalanan 3 minggu untuk mengosongkan diri daripada diri sendiri, dipenuhi dengan Roh Kudus, dan menjalankan hidup yang dipenuhi Roh dan kelimpahan. Sudah tiba masanya untuk berhenti hidup secara biasa dan mula menjalankan hidup yang kelimpahan!
More