21 Hari Sehingga KelimpahanSampel
Melihat Apa yang Dilihat oleh Allah
Sering kali, kita menganggap tiada apa-apa yang berlaku jika kita tidak dapat melihatnya, tetapi ini tidaklah betul. Fikirlah seperti ini: Jika sesuatu sesuatu berlaku di luar rumah anda, dan anda tidak dapat melihatnya, adakah ini bermaksud peristiwa itu tidak betul-betul berlaku, disebabkan oleh ketidakmampuan anda untuk melihatnya? Ataupun, jika anda tidak dapat melihat keadaan di dalam kedai runcit di bandar, adakah itu bermaksud tiada orang yang membeli-belah di sana? Sudah tentu tidak. Walau bagaimanapun, demikianlah banyak orang memilih untuk menjalankan hidup mereka. Kita telah diselamatkan, dipenuhi Roh, dan setia kepada Allah dan jemaat-Nya, tetapi kita tidak sedar akan kenyataan bahawa Iblis sentiasa bekerja dalam alam ini, begitu juga dengan malaikat.
Mata pemahaman kita mesti disedarkan, supaya kita menyedari harapan panggilan-Nya. Oleh itu, kita bukan sahaja memiliki pemahaman atau pengetahuan yang dangkal tentang panggilan-Nya. Sebaliknya, kita boleh mengetahui kedalaman panggilan-Nya. Kita boleh mengetahui apa yang Dia mahu lakukan dengan panggilan kita.
Efesus 1:17-21 berbincang tentang kesedaran. Paulus mengatakan bahawa ia mendoakan "semoga Allah menerangkan mata hatimu untuk mengetahui harapan daripada panggilan-Nya.”
Kemudian, dalam Efesus 6:12-17, Paulus bercakap tentang perlengkapan senjata Allah. Senjata ini – sementara setiap satunya adalah berbeza – berpunca daripada pemahaman yang lebih baik daripada Allah, kebenaran-Nya, keselamatan, dan pengamalan kebenaran Yesus – perisai dada kita. Senjata ini membenarkan kita untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh dan "memadamkan semua" anak panahnya.
Namun, kita tidak perlu bersikap mempertahankan diri. Pedang kita, yang Paulus panggil "pedang Roh", membenarkan kita untuk menakluk semula apa yang dirampas oleh musuh.
Kelimpahan yang anda alami ini cuma menyentuh permukaannya. Apabila mata pemahaman anda disedarkan, anda akan berjalan dalam kelimpahan yang tidak pernah dialami daripada Allah. Allah berupaya dan ingin membuka alam yang tidak terbatas oleh masa, geografi, atau keupayaan manusia.
Perihal Pelan
Dalam pelan YouVersion 21 Hari Sehingga Kelimpahan ini, Jeremiah Hosford akan membawa pembaca untuk perjalanan 3 minggu untuk mengosongkan diri daripada diri sendiri, dipenuhi dengan Roh Kudus, dan menjalankan hidup yang dipenuhi Roh dan kelimpahan. Sudah tiba masanya untuk berhenti hidup secara biasa dan mula menjalankan hidup yang kelimpahan!
More