21 Hari Sehingga KelimpahanSampel

21 Days to Overflow

HARI 13 DARIPADA 21

Hampirilah Allah

Menghampiri Allah bermaksud kita mencari Allah dengan sepenuh hati kita. Inilah tujuan berdoa dan berpuasa. Kita tidak mogok lapar untuk memaksa Allah untuk melakukan sesuatu. Kita bodoh jika menganggap bahawa kita boleh memaksa Allah untuk melakukan apa-apa. Sebaliknya, kita merendahkan diri melalui doa dan puasa agar Allah mengubah kita dan menempatkan kita untuk berjalan dalam kehendak-Nya yang sempurna. Kita menghapuskan halangan yang menghambat doa kita daripada sampai ke telinga Allah. Menghampiri Allah bertujuan mencari Allah dengan sepenuh hati.

Sebelum ini kita telah membaca Yakobus 4:1-10, marilah kita merujuknya lagi. Petikan ini berbincang tentang keangkuhan dan penyerahan. Petikan ini memanggil kita untuk berserah kepada Allah demi menghampiri Dia dan semua perkara baik yang timbul dengan keputusan berserah itu.

Dalam 2 Tawarikh 15:1-2, kita melihat Roh Allah berkomunikasi dengan Azarya, anak Obed. Roh Allah memberitahu Azarya bahawa jika ia mencari Allah dan kehendak-Nya, Allah akan menyertainya. Namun, jika Azarya meninggalkan Dia dan tidak menghampiri Allah, Dia akan meninggalkannya.

Apabila hati kita dicemari, hati kita menjadi keras terhadap kehendak Allah. Apabila hati kita menjadi keras terhadap kehendak Allah, kita tidak dapat menghampiri Allah. Demi menghampiri Allah, saya mesti menyucikan diri (mengosongkan diri daripada diri sendiri), mentaati kebenaran melalui kuasa Roh Kudus, dan dengan penuh ghairah dan ikhlas mengasihi dengan hati yang suci.

Hari 12Hari 14

Perihal Pelan

21 Days to Overflow

Dalam pelan YouVersion 21 Hari Sehingga Kelimpahan ini, Jeremiah Hosford akan membawa pembaca untuk perjalanan 3 minggu untuk mengosongkan diri daripada diri sendiri, dipenuhi dengan Roh Kudus, dan menjalankan hidup yang dipenuhi Roh dan kelimpahan. Sudah tiba masanya untuk berhenti hidup secara biasa dan mula menjalankan hidup yang kelimpahan!

More

Kami bersyukur kepada Four Rivers Media kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.theartofleadership.com/