Allah Ialah _______Sampel

God Is _______

HARI 5 DARIPADA 6

Allah Itu Setia

Kemudian TUHAN lalu di hadapan Musa dan berfirman, “Aku TUHAN, Allah yang penuh dengan rahmat dan belas kasihan; Aku tidak cepat murka, dan Aku menunjukkan kasih dan kesetiaan yang besar. Aku menepati janji-Ku kepada beribu-ribu keturunan, serta mengampunkan kejahatan dan dosa, tetapi Aku tidak akan membebaskan orang yang bersalah daripada hukuman. Aku juga akan menghukum anak-anak dan cucu-cicit mereka, sampai kepada generasi yang ketiga dan yang keempat, kerana dosa ibu bapa mereka." Keluaran 34:6-7 BM

Kita telah meneliti beberapa sifat Allah, dan kita boleh melihat banyak lagi ayat Alkitab tentang sifat-Nya. Walau bagaimanapun, dalam bab 34 kitab Keluaran, Allah menyatakan lima perkara yang khusus tentang diri-Nya kepada Musa: Dia penuh dengan rahmat, belas kasihan, tidak cepat murka, pengasih dan setia.

Dalam petikan yang sama, Allah memberitahu Musa bahawa Dia juga tidak akan membebaskan orang yang bersalah daripada hukuman. Ia kelihatan seperti peralihan yang bertentangan, bukan? Allah mahu umat-Nya untuk mengetahui bahawa Dia menunjukkan kasih dan kesetiaan dan tidak cepat murka … tetapi Dia juga menghukum orang yang bersalah. Bagaimanakah kita menyelaraskan ketegangan antara keadilan Allah ini dan kasih-Nya?

Untuk permulaan, kita cenderung melihat hal secara hitam putih. Namun, Allah mengatasi kotak yang kita cuba tempatkan-Nya. Dia bukan sahaja pengasih—malah adil, oleh itu, Dia tidak boleh membebaskan orang yang bersalah daripada hukuman. Walau bagaimanapun, Dia jugalah berbelas kasihan, maksudnya sementara Dia menghukum beberapa generasi, Dia menunjukkan kasih kepada beberapa ribu generasi.

Kasih dan keadilan Allah ditunjukkan dalam seluruh Alkitab. Kasih dan keadilan-Nya merupakan sebahagian besar daripada kesetiaan-Nya.

Rancangan besar Allah untuk mendamaikan kita dengan-Nya bermula dengan janji yang dibuat-Nya kepada Abraham dan Sara dalam Kejadian. Dia berkata bahawa Dia akan memberkati dunia melalui keturunan Abraham dan Sara—satu janji yang digenapi akhirnya dalam Yesus.

Walau bagaimanapun, manusia seperti yang dijangkakan terus bersikap tidak mempedulikan janji kita. Semasa Musa bercakap dengan Allah, orang yang lain hilang sabar dan memutuskan untuk menyembah patung lembu emas. Namun, disebabkan oleh kesetiaan Allah terhadap janji-Nya, Dia tidak memusnahkan mereka.

Sebaliknya, orang yang terus mengingkar-Nya dan meninggalkan-Nya dihukum, tetapi orang yang bertaubat diberikan peluang kedua.

Sepanjang banyak kegagalan manusia yang lain, kesetiaan Allah adalah tetap, dan ini adalah nyata dalam penggenapan janji Allah melalui Yesus.

Jadi, setiap kali kita membuat kesilapan atau gagal lagi, kita boleh kembali kepada Allah, bersyukur bahawa kegagalan kita tidak mengurangkan kesetiaan Allah untuk mengampunkan kita dan untuk menepati janji-Nya.

Doa: Allah, terima kasih kerana kesetiaan-Mu melalui Yesus dan sepanjang hidup saya. Walaupun ketika saya tidak setia atau gagal, Engkau tidak pernah mengecewakan saya, dan saya memuji-Mu kerana itu. Berilah saya mata untuk melihat pengerjaan kesetiaan-Mu, dan mengembangkan iman saya dalam proses itu. Dalam nama Yesus, amin.

Cabaran: Renungkan waktu khusus dalam hidup anda yang memperlihatkan kesetiaan Allah. Senaraikannya untuk dirujuk dari masa ke masa.

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

God Is _______

Siapakah Allah? Kita mempunyai jawapan yang berbeza, tetapi bagaimanakah kita mengetahui hal yang benar? Walau apa pun pengalaman anda dengan Allah, orang Kristian, atau gereja, sudah tiba masanya untuk menemui Allah yang sebenar—nyata, hadir, dan bersedia untuk menemui anda di mana jua anda berada. Ambillah langkah pertama dalam Pelan Alkitab 6 hari yang mengiringi siri khutbah Pastor Craig Groeschel ini, God Is _______.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/