Allah Ialah _______Sampel

God Is _______

HARI 3 DARIPADA 6

Allah Boleh Diharap

Yesus Kristus tetap sama, baik dahulu, sekarang, dan selama-lamanya. Ibrani 13:8 BM

Pernahkah orang lain berbohong kepada anda, mengkhianati anda, atau mensia-siakan kepercayaan anda? Berkemungkinan besar, ini berlaku kepada anda pada suatu ketika dalam hidup anda, dan ia mungkin akan berlaku lagi pada masa depan. Mengapa? Kerana manusia tidaklah sempurna.

Kita cuba sedaya upaya untuk menunaikan janji, menepati janji, dan menjadi seseorang yang boleh diharap, tetapi ada kalanya, kita akan gagal. Sama ada terlepas tarikh akhir di tempat kerja atau mungkir janji pada kawan, kita pasti akan mensia-siakan kepercayaan dalam hubungan kita.

Kesia-siaan kepercayaan ialah pengalaman yang sangat menyakitkan bukan sahaja untuk sementara waktu tetapi merosakkan dalam jangka masa yang panjang. Sebenarnya, terdapat kajian neurosains yang meluas tentang kesan kepercayaan yang hancur dalam otak kita, tubuh kita, dan hubungan kita.

Otak kita ditetapkan untuk mempercayai orang lain, dan apabila kita mempercayai orang lain, kita membebaskan oksitosin, yang dipanggil "bahan kimia pengasih" atau "eliksir kepercayaan" oleh ahli sains. Pembebasan bahan kimia ini dalam otak kita meningkatkan rasa percaya, maka semakin banyaknya pengalaman positif kita akan kepercayaan, semakin relanya kita untuk mempercayai orang lain.

Walau bagaimanapun, hal yang bertentangan adalah benar. Apabila seseorang mensia-siakan kepercayaan kita, ia merangsang bahagian otak yang menimbulkan ketakutan, menjadikannya lebih susah untuk mempercayai orang lain pada masa akan datang.

Oleh itu, berhubung dengan mempercayai Allah, kita sering digoda untuk mengunjurkan pengalaman lalu dengan manusia yang tidak sempurna ke pengalaman semasa kita dengan Allah yang sempurna.

Anda mungkin rasa susah untuk mempercayai Allah kerana ibu bapa anda atau seseorang yang berkuasa telah menyakiti anda. Anda mungkin rasa susah untuk mempercayai Allah kerana sesuatu yang teruk telah berlaku dalam hidup anda, dan Allah kelihatannya tidak menjawab doa anda untuk menghalang hal itu.

Sementara kesakitan pengalaman ini adalah benar, ia tidak mengubah kebenaran tentang siapa Allah itu. Dialah satu-satunya yang boleh diharap sepenuhnya. Marilah kita lihat ayat Alkitab yang memberitahu kita mengapa kita boleh mempercayai Allah:

  • Dia tidak pernah berubah. Tidak seperti manusia, yang boleh mengubah fikiran mereka pada bila-bila masa, Allah tidak pernah mengubah fikiran-Nya tentang kasih-Nya terhadap anda atau rancangan baik-Nya untuk anda. Dia bersikap konsisten, dan kasih-Nya tidak berubah-ubah. (Lihat Maleakhi 3:6 dan Ibrani 13:8.)
  • Dia tidak pernah meninggalkan kita ataupun mengabaikan kita. Tiada apa-apa yang anda buat boleh membuat Allah berpaling daripada anda. Dia sentiasa menyertai kita, dan walau apa pun yang berlaku kepada kita, Dia akan menyertai kita sepanjang masanya. (Lihat Ibrani 13:5 dan Roma 8:39).
  • Dia sentiasa bekerja untuk kebaikan kita. Meskipun semasa kita mengalami penderitaan dalam hidup ini, Allah boleh mewujudkan keindahan sebagai ganti abu. Dia mengkhusus dalam pemulihan dan penebusan, dan Dia boleh memberikan tujuan untuk penderitaan kita. (Lihat Roma 8:28, Yesaya 61:1-3.)

Walau berapa kali pun orang lain mengecewakan anda, Allah tidak akan mengecewakan anda. Dia tidak mungkin meninggalkan anda, dan Dia wajar menerima kepercayaan anda.

Doa: Allah, ada kalanya memang sukar untuk mempercayai-Mu kerana _________. Bolehkah Engkau menolong saya untuk mengatasi halangan itu dan mempercayai-Mu sepenuhnya? Terima kasih kerana Engkau boleh diharap sepenuhnya. Teruslah membina iman saya dan kepercayaan saya akan siapa Engkau itu, dan terima kasih kerana Engkau mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan kebaikan-Mu. Dalam nama Yesus, amin.

Cabaran: Luangkan masa untuk mengenal pasti lingkungan hidup anda yang tidak mempercayai Allah sepenuhnya dan berdoa tentang lingkungan tersebut. Kemudian, serahkan hal itu kepada-Nya. Anda boleh menuliskannya dan meletakkannya dalam bekas untuk melambangkan bahawa anda menyerahkannya kepada Allah.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

God Is _______

Siapakah Allah? Kita mempunyai jawapan yang berbeza, tetapi bagaimanakah kita mengetahui hal yang benar? Walau apa pun pengalaman anda dengan Allah, orang Kristian, atau gereja, sudah tiba masanya untuk menemui Allah yang sebenar—nyata, hadir, dan bersedia untuk menemui anda di mana jua anda berada. Ambillah langkah pertama dalam Pelan Alkitab 6 hari yang mengiringi siri khutbah Pastor Craig Groeschel ini, God Is _______.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/