Allah Ialah _______Sampel
Allah Ada Di Sini
"… Ingatlah, Aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga akhir zaman." Matius 28:20 BM
Allah sentiasa ingin berhubungan dengan manusia, dan lama-kelamaan kita melihat keinginan itu dengan jelas dalam pelbagai cara yang berbeza.
Pada permulaannya, Allah hidup dan berjalan bersama dengan Adam dan Hawa di Taman. Apabila mereka berdosa, tindakan itu merenggangkan kita daripada Dia tetapi tidak menghentikan rancangan-Nya untuk mendekati kita.
Allah Bapa telah mengutus Yesus ke dunia ini untuk membaiki hubungan kita dengan-Nya, dan dalam salah satu kenyataan terakhir Yesus di dunia ini, Dia berjanji akan sentiasa menyertai kita. Lebih baik daripada itu lagi, Dia berjanji kepada pengikut-Nya bahawa mereka akan menerima Roh Kudus, yang akan menjadi Allah dalam kita.
Apabila kita mengikut Kristus, Roh Kudus Allah bukan sahaja menyertai kita—Dia diam di dalam kita. Dalam Perjanjian Lama, umat perlu pergi ke rumah Tuhan untuk mengalami kehadiran Allah. Namun sekarang ini, ketika kita menerima Yesus, kita ialah rumah Tuhan yang didiami Roh Allah.
Sepanjang masa, Allah ingin mendekati kita, dan melalui Yesus, itu menjadi kenyataan sekali lagi. Walaupun kita menantikan waktu Allah akan memperbaharui segala sesuatu supaya kita boleh hidup bersama dengan-Nya di kerajaan-Nya yang sempurna, kita tidak menanti sahaja sehingga ia berlaku. Allah telah memberikan kita tugas untuk dilaksanakan.
Sejak mulanya, Dia mahu manusia untuk menguasai ciptaan. Dia telah memberikan kita kurnia dan tugas untuk melaksanakan kerja-Nya sementara kita tinggal di dunia ini, supaya keselamatan bukan sahaja menjadi tiket ke syurga—malah jemputan untuk bekerja lalu menjadikan dunia ini lebih menyerupai syurga.
Semasa kita berbuat demikian, kita tidak bekerja dengan kuasa kita yang lemah. Kita akan bekerjasama dengan Allah, bergantung pada Roh-Nya dalam kita untuk melaksanakannya. Berjauhan daripada Allah, kita tidak dapat melakukan apa-apa, tetapi sebagai bait suci Allah yang hidup dengan Roh-Nya yang diam di dalam kita, kita boleh melakukan jauh lebih banyak daripada yang kita bayangkan.
Kita sering tergoda untuk berfikir bahawa Allah ialah peribadi yang jauh di langit, juga merujuk Dia sebagai "bos di atas." Walau bagaimanapun, Allah kita ada di sini.
Apabila kita sedar bahawa hadirat Allah menyertai kita dan diam di dalam kita, kita boleh mengerjakan tujuan-Nya bagi kita—berkongsi berita baik-Nya dengan orang lain dan membawa lebih banyak kebaikan-Nya ke dunia ini.
Doa: Allah, terima kasih kerana semasa saya menjemput Yesus ke dalam hidup saya, Engkau bukan sahaja menyertai saya malah diam di dalam saya! Saya memohon agar Roh Kudus-Mu membimbing saya dan memimpin saya sepanjang hari ini. Tunjukkan kepada saya bagaimana saya boleh membawa lebih banyak daripada kerajaan-Mu ke dunia ini, dan saya bersyukur kerana Engkau bekerjasama dengan manusia untuk melaksanakan kehendak-Mu. Saya mempercayai-Mu, dan saya memohon kesedaran yang lebih besar akan hadirat-Mu hari ini. Dalam nama Yesus, amin.
Cabaran: Semasa anda menyelami hadirat Allah hari ini, tumpukan perhatian pada apa-apa yang anda rasa Roh gesa anda untuk laksanakan, kemudian mintalah Dia untuk keberanian untuk melaksanakannya!
Perihal Pelan
Siapakah Allah? Kita mempunyai jawapan yang berbeza, tetapi bagaimanakah kita mengetahui hal yang benar? Walau apa pun pengalaman anda dengan Allah, orang Kristian, atau gereja, sudah tiba masanya untuk menemui Allah yang sebenar—nyata, hadir, dan bersedia untuk menemui anda di mana jua anda berada. Ambillah langkah pertama dalam Pelan Alkitab 6 hari yang mengiringi siri khutbah Pastor Craig Groeschel ini, God Is _______.
More