Satu: Renungan Pra-Paskah Sampel

One: Lent Devotional

HARI 3 DARIPADA 10

Menurut rupa

Kita tahu betul tentang ayat ini sehinggakan kadang-kadang kita lupa untuk berhenti untuk mengagumi kuasa, keindahan dan maksudnya. Kita telah dicipta menurut rupa Allah yang telah mencipta bintang, mewujudkan tujuan daripada kehuru-haraan, dan menentukan takdir manusia.

Berhenti sejenak, dan menyerap semua ini. Rupa Tuhan kita terjalin dengan rumit dalam manusia.

Terangkum dalam ayat yang pendek ini ialah panggilan bagi identiti kita sebagai pendukung rupa Raja. Juga panggilan untuk mencari rupa Raja dalam orang lain secara aktif.

Ini merupakan kebenaran yang mengubah dunia. Betapa berbezanya dunia ini jika kita melihat melewati tajuk utama ke rupa Allah? Krisis iklim, perhambaan zaman moden, kemusnahan persekitaran... Saya berani percaya bahawa jika kita, bangsa manusia, betul-betul menjalani ayat ini – kemiskinan akan lenyap. Ketidakadilan tidak akan wujud di dunia ini.

Oleh itu, hari ini marilah kita melihat dan mencari rupa Allah dengan proaktif dalam diri kita dan orang lain.

Doa:

Allah Pencipta, kami berhenti sejenak dalam kekaguman. Terima kasih kerana kami telah dicipta menurut rupa-Mu. Tolonglah kami, Tuhan untuk melihat ini dalam diri kami, dalam orang lain, setiap hari. Semoga kami hidup dengan berbeza berdasarkan kebenaran ini. Amin.

Oleh Dot Tyler

Dot mengetuai kerja Tearfund dalam kalangan orang muda di seluruh UK.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

One: Lent Devotional

Semasa kita memandang dunia sekarang ini, kita melihat banyak perpecahan dan kerenggangan. Walau bagaimanapun, ada harapan lagi. Harapan yang mendalam dan menguja. Apabila kita menyedari bahawa kita menjadi satu dalam Kristus, segala sesuatu berubah. Apabila kita menerima kebersamaan – kesatuan dengan ciptaan, antara satu sama lain, dan dengan Allah – hal yang luar biasa boleh berlaku. Semasa anda membaca renungan ini, kami berdoa agar anda menjalani musim pra-Paskah yang diberkati.

More

Kami bersyukur kepada Tearfund.org kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.tearfund.org