Satu: Renungan Pra-Paskah Sampel

One: Lent Devotional

HARI 5 DARIPADA 10

Tuhan Sehari-hari

Sejak bab pembuka Injil Markus, satu perkara adalah jelas: apabila orang menemui Yesus, kehidupan mereka berubah.

Mengapa perkara itu mengejutkan kita memandangkan Dia ialah Tuhan yang diam dalam kalangan kita? Namun, semasa saya membaca tentang Yesus, satu fikiran datang kepada saya. Ketuhanan-Nya adalah menakjubkan, tetapi kemanusiaan-Nya juga indah. Dia prihatin, penyayang, dan berbelas kasihan kepada orang yang dianggap terasing oleh masyarakat.

Semasa kita berasa kagum melihat Yesus, Anak Allah, marilah kita berasa kagum tentang kemanusiaan-Nya juga, dan diilhami untuk pergi dan menyertai saudara dan saudari kita yang hidup miskin dan terpinggir. Mengasihi sesama manusia merupakan tindakan yang radikal dewasa ini. Semasa orang lain memerhatikan cara anda mengasihi dan melayani jiran terdekat dan global anda, moga-moga mereka berasa kagum, dan menanya "Apakah ini suatu ajaran baru?" (Markus 1:27, BM)

Doa:

Terima kasih Yesus kerana Engkau ialah Allah dan manusia. Tolonglah saya untuk melayani dan mengasihi jiran setempat dan global saya. Semoga kerajaan kami mewujudkan polisi yang menunjukkan kebaikan dan belas kasihan terhadap golongan terpinggir. Amin.

Oleh Cynan Llwyd

Cynan mengetuai Tearfund Cymru (Wales).

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

One: Lent Devotional

Semasa kita memandang dunia sekarang ini, kita melihat banyak perpecahan dan kerenggangan. Walau bagaimanapun, ada harapan lagi. Harapan yang mendalam dan menguja. Apabila kita menyedari bahawa kita menjadi satu dalam Kristus, segala sesuatu berubah. Apabila kita menerima kebersamaan – kesatuan dengan ciptaan, antara satu sama lain, dan dengan Allah – hal yang luar biasa boleh berlaku. Semasa anda membaca renungan ini, kami berdoa agar anda menjalani musim pra-Paskah yang diberkati.

More

Kami bersyukur kepada Tearfund.org kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.tearfund.org