Satu: Renungan Pra-Paskah Sampel
Api
Hari pertama pra-Paskah dikenali sebagai Rabu Abu dalam banyak tradisi. Abu ialah akibat api – sisa yang tertinggal selepas selesai proses pembakaran.
Sebahagian daripada perjalanan rohani ialah belajar melepaskan tangan; menolak apa-apa yang ditempatkan oleh dunia ini dalam kita supaya kita dapat menyediakan ruang untuk kelimpahan Allah. Oleh itu, untuk memulakan pra-Paskah, marilah kita merenungi beberapa perkara yang harus dibakar daripada hidup kita – supaya kita boleh menyediakan ruang untuk kepenuhan daripada Allah (Yohanes 10:10):
• Kepercayaan yang negatif tentang diri sendiri. Contohnya, 'Saya tidak cukup baik'. Anda adalah lebih daripada cukup bagi Kristus.
• Kepahitan dan tidak mengampuni. Hanya anda yang terluka.
• 'Apa' jua yang dinantikan untuk melengkapkan anda. 'Jika saya mendapat pekerjaan itu/rumah itu/orang dsb.' Itu tidak akan melengkapkan anda; anda sudah lengkap.
• Milikan material. Ini boleh menjadi sauh yang membebani kita. Memanglah melegakan bila kita menyedari bahawa segala sesuatu itu milik Allah.
• Sikap mementingkan diri. Terdapat keperluan mendesak dalam masyarakat untuk beralih daripada "saya" kepada "kami"; daripada "saya" kepada "kita".
Tuliskan beberapa perkara yang anda ingin tolak daripada hidup anda pada pra-Paskah ini. Serahkan senarai anda kepada Allah; anda boleh menggunakan doa di bawah sebagai panduan.
Ya Allah, saya menyerahkan yang berikut [nyatakannya] dan meletakkannya di kaki kayu salib. Tolonglah saya untuk maju ke depan tanpa perkara tersebut dalam hidup saya; pimpinlah saya, hiburkan saya, dan penuhi kekosongan yang ditinggalkan bila semua itu ditolak daripada hidup saya, supaya saya boleh mendekati-Mu. Amin.
Oleh Gideon Heugh
Gideon menulis untuk Tearfund dan merupakan seorang penyajak dan ahli kaji persekitaran.
Kitab
Perihal Pelan
Semasa kita memandang dunia sekarang ini, kita melihat banyak perpecahan dan kerenggangan. Walau bagaimanapun, ada harapan lagi. Harapan yang mendalam dan menguja. Apabila kita menyedari bahawa kita menjadi satu dalam Kristus, segala sesuatu berubah. Apabila kita menerima kebersamaan – kesatuan dengan ciptaan, antara satu sama lain, dan dengan Allah – hal yang luar biasa boleh berlaku. Semasa anda membaca renungan ini, kami berdoa agar anda menjalani musim pra-Paskah yang diberkati.
More