Apabila Allah Boleh Campur Tangan Tetapi Tidak Berbuat DemikianSampel

When God Could’ve but He Didn’t

HARI 4 DARIPADA 5

Ini juga akan berlalu.

Beberapa tahun lalu, selepas eksisi pundi hempedu saya secara laparoskopik, saya bangun dengan tiub yang menembusi bahagian atas sebelah kanan perut saya sebagai prosedur pascabedah. Selepas beberapa hari, tiub itu dikeluarkan. Tanpa anestesia atau ubat penghilang kesakitan, doktor mengeluarkannya dengan hati-hati dan memimpin pernafasan saya.

Semasa tarikan terakhir, doktor mengingatkan saya bahawa saya akan berasa amat sakit. Memang pun. Sepanjang dua saat yang rasa seperti selama-lamanya itu, saya merasakan kulit saya disiat-siat. Walau bagaimanapun, begitu sahaja. Memang menyakitkan tetapi kesakitan itu berakhir.

“Ini juga akan berlalu.” Apabila saya mengalami keseksaan fizikal atau emosi, saya selalu diingatkan oleh ini. Anda boleh menemui penghiburan dalam kesedaran bahawa kesakitan anda—juga akan berlalu.

Berdoalah dan meminta agar Allah menolong anda untuk mengalihkan tumpuan anda daripada kesakitan, kerana keadaan itu hanyalah sesuatu yang sementara walau betapa lama pun rasanya, kepada Dia yang sedang menyembuhkan anda dan memberikan anda harapan masa depan yang lebih cerah.
Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

When God Could’ve but He Didn’t

Di manakah anda bermula apabila anda sedar bahawa Allah boleh campur tangan tetapi tidak berbuat demikian? Renungan 5 hari yang tertambat dalam Firman Allah ini akan membantu anda menemui kekuatan di tengah-tengah waktu sukar yang melemahkan semangat.

More

Kami berterima kasih kepada Pam Marasigan kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.pammarasigan.com