Apabila Allah Boleh Campur Tangan Tetapi Tidak Berbuat DemikianSampel
Kesyukuran = Kedamaian
Hati saya remuk beberapa kali. Saya terkenang satu malam, mata saya bengkak selepas menangis beberapa hari, saya ingat akan apa yang dinyatakan dalam Firman Allah—dalam setiap situasi, berdoa dengan mengucapkan kesyukuran. Saya menguncikan diri di dalam bilik air, memandang diri di cermin, dan dengan sepenuh hati saya bersyukur teresak-esak kepada Allah.
Saya berkata, “Terima kasih, Tuhan. Saya tidak memahami apa yang sedang berlaku dan saya berasa terseksa, tetapi terima kasih kerana apa jua sebab Engkau membenarkan ini untuk berlaku." Apabila saya bangun pada pagi keesokannya, saya berasa seolah-olah Allah telah memperbaharui hati saya dan saya dapat meneruskan hidup saya.
Semasa musim berkabung atas kematian anak pertama kami, saya terkenang ayat Alkitab yang sama. Meskipun segala sesuatu tidak masuk akal, dan walaupun saya tidak ingin melakukannya, saya mengorak langkah beriman dan ketaatan dan bersyukur kepada Allah dalam doa saya. Oh, sungguh sukar! Namun, memanglah benar apabila kita berbuat demikian, kedamaian Allah akan menyenangkan hati kita. Melebihi penghiburan, tindakan ini akan melindungi hati dan fikiran kita daripada sebarang dusta yang akan menghalang penyembuhan kita.
Bacalah ayat Alkitab hari ini dan berdoa. Dalam doa anda, walaupun ketika anda rasa tidak bersyukur kerana situasi anda, ucapkan syukur kepada Allah, naikkan permintaan anda kepada-Nya, dan membenarkan kedamaian-Nya untuk memenuhi anda semasa Dia mengutip cebisan hati anda yang berkecai.

Kitab
Perihal Pelan
Di manakah anda bermula apabila anda sedar bahawa Allah boleh campur tangan tetapi tidak berbuat demikian? Renungan 5 hari yang tertambat dalam Firman Allah ini akan membantu anda menemui kekuatan di tengah-tengah waktu sukar yang melemahkan semangat.
More
Kami berterima kasih kepada Pam Marasigan kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.pammarasigan.com