Apabila Allah Boleh Campur Tangan Tetapi Tidak Berbuat DemikianSampel
Di Mana Hendak Bermula
Saya dan suami saya kehilangan anak pertama kami beberapa jam selepas ia dilahirkan. Kami ingin melarikan diri ke tempat yang jauh dan "menunggu badai berlalu." Walau bagaimanapun, penyembuhan tidak datang daripada memerhatikan badai berlalu dari jauh, tetapi dengan berdepan dengannya dalam kesenyapan bilik kami, melalui perbualan yang terus terang, menangis dan berdoa bersama-sama.
Semasa anda menghadapi waktu yang sukar, seperti kehilangan orang yang dikasihi atau anda rasa seolah-olah hidup anda telah hancur musnah dan hati anda pecah berkecai, tiada tempat permulaan yang lain melainkan ruang peribadi di mana anda boleh menangis dan berdoa tanpa berasa segan.
Teruskanlah dan bercakap dengan Allah. Bersikap terbuka dan terus terang. Jangan menahan diri. Ya, Dia membenarkan perkara berlaku, namun begitu Dia tetap mendengar.

Kitab
Perihal Pelan
Di manakah anda bermula apabila anda sedar bahawa Allah boleh campur tangan tetapi tidak berbuat demikian? Renungan 5 hari yang tertambat dalam Firman Allah ini akan membantu anda menemui kekuatan di tengah-tengah waktu sukar yang melemahkan semangat.
More
Kami berterima kasih kepada Pam Marasigan kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.pammarasigan.com