Bertumbuh dalam KasihSampel

Growing in Love

HARI 3 DARIPADA 5

Kasih yang Bertumbuh Menghendaki Penjajaran Jiwa

Demi mengasihi dengan baik, kita memerlukan motivasi yang sejati dan ikhlas. Oleh itu, kasih yang bertumbuh memerlukan kesedaran kendiri yang sihat.  

Adakah kasih anda ikhlas—maksudnya tanpa kemunafikan atau kepura-puraan? Bagaimanakah anda tahu? Luangkan masa secara sengaja untuk penjajaran jiwa. Biarlah saya menjelaskannya. 

Kadang kala saya perlu berjumpa dengan kiropraktor untuk menjajarkan tulang belakang saya. Tidak dapat dielakkan, Dr. Lisa sentiasa mendapati sesuatu yang tidak sejajar—maka, ia menekan, merenggang, dan menyentak untuk menjajarkan semula tulang saya. Pembetulan ini memanfaatkan tubuh fizikal saya dalam pelbagai cara. 

Pada hari pertama Pelan Alkitab ini, kita menyedari bahawa kita betul-betul memerlukan pertolongan Allah berkenaan mengasihi Dia dan orang lain. Salah satu faedah memandang Allah setiap hari dan bergantung pada-Nya ialah Dia akan kerap menyatakan sesuatu yang khusus yang harus dibetulkan—atau penjajaran jiwa. 

Ada kalanya, Allah menunjukkan kepada saya bahawa pengasuhan saya berasaskan emosi takut bukannya kasih yang sejati, dan saya harus menyerahkan ini kepada-Nya. Kadang-kadang, saya rasa tersinggung dan Roh Kudus menunjukkan lingkungan yang bangga dan memerlukan pertaubatan dan pengampunan. Banyak kali, saya bergantung pada diri sendiri dan dengan degil cuba menyelesaikan situasi menurut cara saya semasa menolong dengan penuh kasih. 

Saya boleh teruskan, tetapi hal yang saya harap anda fahami ialah kita tidak dapat mengasihi orang lain dengan sejati sehinggalah kita sendiri membuka diri terhadap pembetulan dan dengan rendah hati menyerahkan diri di hadapan Doktor yang Suci. 

Saya tidak dapat mengasihi berdasarkan ketakutan, rasa tersinggung, sifat mementingkan diri, atau kedegilan. Tidak juga anda. Biarlah ini meresap ke dalam otak anda.

Masalahnya ialah banyak perkara yang anda dan saya lakukan mungkin kelihatan benar. Kita mahir mementingkan diri, menganggap diri yang betul, dan mencuci tangan. Namun, kasih adalah lebih mendalam daripada yang dapat dilihat. 

Perkara yang baik tidak selalunya perkara yang pengasih. Berkenaan kasih yang sejati, motif adalah paling penting. 

Oleh itu, kita harus mendekati Allah dengan hati yang lembut dan rendah hati untuk menjauhi sebarang penipuan diri. Seperti menemui kiropraktor, menghabiskan masa dengan Allah secara sengaja dalam doa akan membawa kesedaran kendiri yang diperlukan oleh jiwa kita.

Maka, pada hari ini, luangkan masa untuk menanya diri: Apakah yang sedang saya lakukan yang kelihatan betul, tetapi kekurangan motif yang betul? 

Doa: Mintalah Allah untuk menunjukkan jika ada motif palsu yang perlu anda serahkan kepada-Nya demi mengasihi dengan ikhlas. 

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Growing in Love

Hal yang betul-betul penting ialah mengasihi Allah dan orang lain, tetapi bagaimanakah kita berbuat demikian secara berkesan? Sebenarnya, kita tidak dapat mengasihi orang lain dengan baik dengan kuasa sendiri. Namun, apabila kita memandang Allah dan merendahkan diri, kita boleh hidup daripada kasih Allah yang autentik dan berkuasa. Ketahui lebih lanjut tentang bertumbuh dalam kasih dalam Pelan Alkitab 5 hari daripada Pastor Amy Groeschel ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/