Bertumbuh dalam KasihSampel
Kasih Yang Bertumbuh Ialah Kasih Yang Bergantung Pada Allah
Memanglah mudah untuk menjadi begitu sibuk sehinggakan kita terlepas perkara yang betul-betul penting. Namun dalam musim ini, Allah telah menunjukkan saya kepentingan hubungan dan pertumbuhan kasih. Sepanjang beberapa hari seterusnya, kita akan menerokai bagaimana kita boleh bertumbuh dalam kasih kita untuk Allah dan orang lain supaya kita dapat mengalami kehendak dan panggilan muktamad Allah bagi kita—untuk mengalami kasih-Nya dan hidup berasaskan kasih-Nya.
Sebenarnya, Alkitab memberitahu kita dalam Matius 22:37-40 bahawa mengasihi Allah dengan sepenuh hati dan mengasihi orang lain sebagaimana kita mengasihi diri sendiri memenuhi seluruh Taurat dan ajaran nabi-nabi.
Anda mungkin sudah mengetahui ini. Namun, lebih mudah dikatakan daripada dilaksanakan, bukan?
Daripada memberikan berjuta-juta alasan mengapa ini adalah mustahil, saya memilih untuk bertumbuh dalam panggilan yang paling penting ini. Saya rasa anda ingin melakukan hal yang sama juga.
Maka, bagaimanakah kita dapat betul-betul mengasihi seperti ini? Sebenarnya kita tidak dapat berbuat demikian—seorang diri.
Kita harus memandang Allah—sumber kasih! Alkitab mengajar kita bahawa Allah bukan sahaja sumber kasih, malah Allah ialah kasih (lihat 1 Yohanes 4:16). Sebagai orang Kristian, kini kita dapat mengasihi secara ikhlas kerana kita telah mengalami sendiri kasih-Nya yang penuh belas kasihan terhadap kita (lihat Filipi 2:1-2).
Walaupun kita tidak mungkin mencapai kasih yang sempurna di dunia ini, kita boleh sentiasa bertumbuh dalam keupayaan kita untuk mengasihi. Di samping itu, hidup berasaskan kasih Allah adalah mungkin apabila kita belajar mengakui dan bergantung pada Dia pada setiap waktu.
Anda masih ingat hidup anda sebelum anda mengalami kasih kurnia dan pengampunan Allah? Berhenti sejenak dan nyatakan tiga berkat dalaman yang anda alami sekarang ini sebagai orang Kristian.
Apabila kita menyedari, berpaut pada, dan bersukacita dalam siapa Allah itu, timbullah kasih yang sebenar!
Marilah kita melihat contoh Tuhan Yesus kita:
Yesus memberitahu orang yang mengkritik dan meragui Dia bahawa segala sesuatu yang telah dilakukan dan dikatakan-Nya datang daripada pimpinan Bapa syurgawi-Nya. Akibatnya, perkara yang orang lain perhatikan dalam hidup-Nya ialah kasih yang berbelas kasihan dan mengubah keabadian.
Jika kita ingin bertumbuh dalam kasih, ini tidak berlaku daripada bekerja lebih keras atau bergantung pada diri sendiri. Kita harus belajar daripada Yesus dan menjalinkan hubungan yang dekat dengan Allah melalui doa.
Kita harus berpengetahuan tentang Alkitab untuk memperoleh pengetahuan tentang berjalan dalam kasih, dan kita harus belajar memandang dan bergantung pada hidup-Nya dalam kita. Apabila kita berbuat demikian, kasih akan menjadi kelimpahan kebaikan-Nya dalam hidup kita.
Doa: Luangkan masa untuk bercakap dengan Allah. Mengakui keperluan anda untuk lebih bergantung pada-Nya. Menyatakan kepada-Nya keterujaan menjadi anak-Nya, dan meminta Dia untuk menyatakan cara khusus anda boleh hidup menurut Roh Kudus yang diam dalam anda.
Perihal Pelan
Hal yang betul-betul penting ialah mengasihi Allah dan orang lain, tetapi bagaimanakah kita berbuat demikian secara berkesan? Sebenarnya, kita tidak dapat mengasihi orang lain dengan baik dengan kuasa sendiri. Namun, apabila kita memandang Allah dan merendahkan diri, kita boleh hidup daripada kasih Allah yang autentik dan berkuasa. Ketahui lebih lanjut tentang bertumbuh dalam kasih dalam Pelan Alkitab 5 hari daripada Pastor Amy Groeschel ini.
More