Bertumbuh dalam KasihSampel

Growing in Love

HARI 2 DARIPADA 5

Kasih Yang Bertumbuh Adalah Rendah Hati

Adakah anda suka mempelajari kemahiran yang baru? Saya mengambil pelajaran bahasa Sepanyol setiap hari menggunakan telefon saya untuk lebih daripada dua tahun sekarang ini. Pelajaran ini muy divertido (sangat seronok)! 

Saya suka menimba pengetahuan dan pemahaman tentang hampir semua perkara. Sebenarnya, kejahilan menakutkan saya. Mungkin kerana kejahilan membuat saya rasa lemah, buta hati, atau tidak penting, sementara pengetahuan memberikan saya keyakinan diri dan kawalan.  

Sekarang ini saya harus mengakui sesuatu yang buruk kepada anda. Saya ialah orang yang serba tahu yang kian sembuh, dan saya suka menjadi betul. Jika anda sama seperti saya, saya harap renungan ini memberkati anda dan membantu anda!

Begini: Belajar itu baik. Kita seharusnya bertumbuh dari segi pengetahuan kita tentang Firman Allah! Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah dengan pengetahuan, yang akan kita teliti dalam Kitab Suci hari ini. 

Sebenarnya, saya mendorong anda untuk meluangkan masa merenungi petikan hari ini. 

Semasa anda berbuat demikian, pertimbangkan dua masalah besar berkaitan dengan pengetahuan ini: 

  1. Kita terlalu mudah bergantung pada pengetahuan berbanding dengan Allah. 
  2. Kita menjadi bangga dan bersikap mempertahankan diri dengan pengetahuan kita.

Keinginan akan pengetahuan dan menjadi betul menimbulkan godaan yang besar untuk memandang rendah terhadap orang yang berfikir dan bertindak secara berbeza daripada anda. Meninggikan pengetahuan akan mengasingkan anda daripada orang yang kekurangan pandangan. 

Di manakah kasih atau peluang berkongsi injil secara berkesan dalam keadaan tersebut? Jika soalan itu menusuk anda, ketahuilah bahawa saya mempelajari ini bersama dengan anda! 

Akhirnya, kebanggaan dan kasih tidak wujud bersama-sama. 

Demi mengasihi seperti Yesus—yang, sebagai Allah, mengetahui segala-galanya namun meninggalkan status-Nya demi melayan, mengajar, dan menyelamatkan bangsa manusia—kita harus berjalan dalam kerendahan-Nya

Demi berbuat demikian, kita mesti melepaskan semua kebanggaan. 

Mengasihi secara rendah hati seperti Yesus bermakna menepukan sebarang pengetahuan kita dengan kebijaksanaan dan kearifan Allah. Pada waktu itulah kita dapat berhubung dengan orang lain dengan penuh belas kasihan, mengajukan soalan kepada mereka, dan menghargai mereka yang seadanya—dalam sukacita atau penderitaan mereka, dan dalam dosa atau kejahilan mereka. Itulah yang dilakukan oleh Yesus. 

Kita mesti bersikap H.I.P. dengan orang lain: Humble (Rendah hati). Interested (Berminat). Present (Hadir). Ini disebabkan betul-betul mengasihi orang lain menghendaki kita untuk melihat mereka dan mendengar mereka dengan baik, bukan sahaja mengetahui tentang mereka.

Setiap hari, kita mempunyai pilihan. Kita boleh hidup berasaskan pengetahuan yang menganggap diri sendiri yang betul, ataupun kita boleh hidup berasaskan kebenaran Kristus yang berbelas kasihan dan rendah hati serta kasih-Nya yang menyelamatkan kita. 

Seperti yang diingatkan dalam 1 Korintus 13, kita melihat bayangan kabur, tetapi Allah melihat seluruh gambarnya. Maka, marilah kita mempercayai kasih-Nya yang rendah hati. 

Doa: Berhenti sejenak dan carilah Bapa. Mintalah Roh Kudus untuk menyedarkan anda tentang sebarang kebanggaan yang tersembunyi. Mintalah Dia untuk menegur anda setiap kali kebanggaan menyelinap masuk. Mintalah agar kasih Allah menjadi perkara yang paling jelas tentang hidup anda.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Growing in Love

Hal yang betul-betul penting ialah mengasihi Allah dan orang lain, tetapi bagaimanakah kita berbuat demikian secara berkesan? Sebenarnya, kita tidak dapat mengasihi orang lain dengan baik dengan kuasa sendiri. Namun, apabila kita memandang Allah dan merendahkan diri, kita boleh hidup daripada kasih Allah yang autentik dan berkuasa. Ketahui lebih lanjut tentang bertumbuh dalam kasih dalam Pelan Alkitab 5 hari daripada Pastor Amy Groeschel ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/