Bagaimana (Tidak) Menyelamatkan Dunia: Kebenaran Tentang Mendedahkan Kasih Allah kepada Orang di Sisi AndaSampel
Bagaimana (Tidak) Menyelamatkan Dunia: Sentiasa Sendirian
Semasa saya baru memulakan pelayanan saya, saya menghabiskan lebih daripada empat tahun untuk mengunjungi pelbagai gereja dan acara di seluruh negara. Saya merupakan tetamu di rumah yang berbeza sepanjang masa itu dan tidak pernah tinggal terlalu lama di sesebuah rumah tersebut. Saya berkenalan dengan Sean dan Shelley sejak awal. Saya diundang untuk menyertai siri gereja mereka selama lima minggu. Saya tinggal di bilik tetamu di rumah mereka. Mereka melayan saya seperti keluarga. Semakin ramah mereka terhadap saya, semakin saya rasa mereka itu gila. Saya tidak memerlukan bantuan atau simpati mereka—saya tahu bagaimana hidup sendirian. Saya hanya bekerja di sana. Saya cuba menjauhkan diri.
Semasa saya membuat keputusan untuk berkelana, saya tidak pernah rasa tidak disokong dan sepi seperti ini, tetapi saya ialah pejuang. Saya membuktikan berulang kali bahawa saya boleh melakukan lebih banyak sendirian daripada kebanyakan orang. Melibatkan orang lain akan menghambat saya, dan saya akan meninggalkan rumah Sean dan Shelley dalam sebulan.
Saya menyedari sesuatu yang saya harap saya ketahui sepanjang hidup ini selepas beberapa tahun: Sentiasa sendirian? Itu (bukan) cara menyelamatkan dunia. Sebenarnya, kita tidak mungkin memenuhi tujuan Allah bagi hidup kita dan menjadi orang yang diniatkan oleh-Nya secara sendirian. Komuniti mungkinlah sesuatu yang sukar. Banyak antara kita berhubungan dengan komuniti yang menyakiti kita, dan kita tidak mahu mempercayai orang yang salah. Oleh itu, kita memutuskan bahawa kita boleh hidup sendirian jika perlu.
Pencipta alam semesta telah mencipta kita untuk berkomuniti—dengan Allah dan sesama manusia. Komuniti bukanlah suatu pilihan. Komuniti adalah penting supaya hidup kita mencapai potensi sepenuhnya. Komuniti bukan sahaja memperkasakan kita untuk melengkapkan tugas yang diberikan oleh Allah malah untuk menjadi orang yang dicipta-Nya. Musuh mengetahui hal ini. Musuh mahu kita untuk percaya bohong bahawa kita tidak memerlukan komuniti.
Sean dan Shelley menunjukkan komuniti yang betul-betul berpusatkan Yesus kepada saya. Saya menyedari saya boleh hidup sendirian, tetapi saya tidak dapat mentaati Allah sebaik-baiknya tanpa persahabatan yang benar. Mereka mengajar saya bahawa saya boleh menjadi sebahagian daripada membina komuniti yang saya doakan.
Apabila Allah menempatkan seseorang dalam hidup anda, jangan tidak menghiraukannya. Jika anda tidak menghiraukannya, anda akan terlepas pelbagai hubungan yang memberikan hidup di sekeliling anda yang boleh membina dan menguatkan anda. Lawan cubaan untuk membatasi apa yang ingin dilakukan oleh Allah dalam hidup anda dan melalui hidup anda serta melalui umat-Nya.
Bagi kebanyakan orang, langkah pertama ialah mula menerima dan mula meminta. Putuskanlah bahawa tujuan anda berbaloi diaktifkan, dan memandangkan komuniti mengukuhkannya, memang berbaloi untuk mengambil risiko dan bergerak maju. Jika kita memutuskan untuk hidup sendirian, kita tidak mungkin menjalankan hidup yang terbaik. Gereja ialah rancangan Yesus untuk menjangkau dunia yang amat memerlukan-Nya. Semakin bersatunya kita, semakin besarnya kesan kita. Allah sedang memanggil kita, Gereja-Nya, untuk bekerja bersama-sama dengan-Nya dalam misi-Nya untuk menyelamatkan dunia ini.
Respons
Mengapa kadang-kadang sukar untuk berhubungan dalam komuniti?
Bagaimanakah anda boleh lebih berhubungan dengan komuniti pengikut Yesus yang komited dan boleh dipercayai? Bagaimanakah anda menjadi sebahagian daripada pembina komuniti seperti itu?
Siapakah seseorang yang anda berani menjangkau dan berhubung?
Ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana berjuang untuk orang yang dikasihi dan menyelami iman anda?
Muat turun satu bab How (Not) to Save the World yang percuma & ketahui lebih lanjut tentang buku ini di: www.hosannawong.com/savetheworld.
Perihal Pelan
Adakah anda berjuang demi orang yang dikasihi dan menunjukkan kepada orang lain betapa berharganya mereka itu kepada Allah? Dalam pelan bacaan 5 hari berdasarkan buku Hosanna Wong, How (Not) to Save the World ini, ketahui bohong yang menghalang anda daripada mengasihi orang lain sebagaimana yang dipanggil oleh Allah. Luangkan masa untuk menerokai jemputan Yesus untuk mengenali Dia dan berkongsi Dia dengan orang lain melalui pengalaman tersendiri anda.
More