Bagaimana (Tidak) Menyelamatkan Dunia: Kebenaran Tentang Mendedahkan Kasih Allah kepada Orang di Sisi AndaSampel

How (Not) to Save the World: The Truth About Revealing God’s Love to the People Right Next to You

HARI 2 DARIPADA 5

Bagaimana (Tidak) Menyelamatkan Dunia: Berjuang Supaya Diri adalah Betul

Ayah saya meninggal dunia kerana barah semasa saya berumur 18 tahun. Adik lelaki saya, Elijah, berumur 12 tahun.

Elijah mengasingkan diri dari segi emosi dan tidak bercakap kepada sesiapa pun tentang emosinya. Ia tidak mahu bercakap tentang ayah, apatah lagi tentang Allah. Seolah-olah tiada cara untuk berhubung dengannya. 

Saya berada jauh di kolej, dan semasa saya memanggilnya untuk menanya khabar, ia hanya mahu bercakap tentang buku komik. Saya sedar bahawa jika saya mahu berhubungan dengan adik saya, saya perlu memasuki dunianya. Saya mula membaca buku komik, bukan membaca sepintas lalu sahaja tetapi menyukai apa yang disukainya. Saya perlu belajar pandangan dunianya. Sepanjang beberapa bulan selepas itu, bila saya memanggilnya, kami berbual lama. 

Apabila kita meluangkan masa untuk memasuki dunia orang lain, kita boleh bercakap dengan lebih berkesan terhadap hidup sebenar mereka. Kita kerap ingin melakukan sesuatu dan mengatakan sesuatu yang betul, tetapi kita tidak berfikir tentang konteks orang yang sedang mendengar ucapan rohani kita yang baik. 

Sering kali, kita marah orang dalam hidup kita yang tidak memenuhi jangkaan kita, dan tidak memandang dunia seperti kita. Kita mahu mereka untuk memasuki dunia kita. Demi menunjukkan siapa Yesus itu secara efektif dan hidup yang betul-betul diberikan oleh-Nya, kita perlu memasuki dunia mereka, mempelajari kata-kata dan cara mereka, serta berjuang demi hubungan itu. Kita harus mengasihi orang lain sebagaimana Allah mengasihi kita. Sebelum mereka mengasihi kita, kasihilah mereka. Sebelum mereka memilih kita, pilihlah mereka. Sebelum mereka memasuki dunia kita, masuklah dunia mereka. 

Berjuang supaya diri adalah betul? Itulah rancangan yang baik untuk (tidak) menyelamatkan dunia. 

Kita harus berhenti berjuang supaya diri adalah betul, dan mula berjuang demi hubungan kita. 

Kita-kira 11 tahun kemudian, adik saya memberitahu saya dan suami saya bahawa ia ingin menyerahkan hidupnya kepada Yesus. Pembelajaran selama 11 tahun tentang adik saya secara mendalam, mengambil berat tentang hal yang dititikberatkan olehnya, dan melabur dalam hubungan kami. 

Salah satu nama Yesus ialah Imanuel, yang memaksudkan Allah menyertai kita. Dia memanggil kita untuk menyertai orang lain juga. Mendengar sebab mereka sedih. Menemani mereka dalam penderitaan mereka.

Sering kali, kesaksian (witness) terbesar anda ialah penyertaan (with-ness) anda.

Allah meminta kita untuk betul-betul mengenali orang lain supaya mereka boleh betul-betul mengenali Dia. Ini tidaklah mudah, tetapi pasti akan mengubah hidup. Ini akan menolong orang lain menyedari betapa mereka dikasihi. Tiada orang yang tidak suka dikasihi.


Respons

Siapakah yang anda boleh sertai, di mana mereka berada sekarang ini? Kanta dunia siapakah yang boleh anda pelajari?

Apakah yang dalam risiko jika pengikut Kristus sentiasa berjuang supaya diri adalah betul, daripada berjuang demi hubungan?

Bagaimanakah keluarga, gereja, dan dunia kita akan kelihatan berbeza jika kita berjuang demi orang, bukan menentang orang, dan berjuang demi hubungan kita?


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

How (Not) to Save the World: The Truth About Revealing God’s Love to the People Right Next to You

Adakah anda berjuang demi orang yang dikasihi dan menunjukkan kepada orang lain betapa berharganya mereka itu kepada Allah? Dalam pelan bacaan 5 hari berdasarkan buku Hosanna Wong, How (Not) to Save the World ini, ketahui bohong yang menghalang anda daripada mengasihi orang lain sebagaimana yang dipanggil oleh Allah. Luangkan masa untuk menerokai jemputan Yesus untuk mengenali Dia dan berkongsi Dia dengan orang lain melalui pengalaman tersendiri anda.

More

Kami bersyukur kepada HarperCollins/Zondervan/Thomas Nelson kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://bit.ly/savetheworldyouversion