Dikenali: 10 Hari untuk Menemui Identiti AndaSampel
Pernahkah anda rasa tidak yakin? Pernahkah anda rasa keyakinan yang ingin dimiliki itu tidak tercapai? Pernahkah anda rasa jika anda bekerja cukup keras, anda akan kelihatan seperti perempuan itu? Pernahkah anda rasa jika anda mempunyai teman wanita yang cantik, anda akan menyesuaikan diri dengan perbincangan di bilik lokar? Pernahkah anda rasa jika anda mengikuti trend terkini, mungkin anda akan yakin dengan tubuh anda? Entah sebab apa, keyakinan selalu rasa tidak dapat diperoleh walau betapa sungguh-sungguh pun anda cuba.
Ayat pembukaan Mazmur 23 memberitahu kita "TUHAN ialah gembalaku." Dalam tiga kata-kata pembukaan itu, anda menemui identiti dan keyakinan ciptaan anda. Budaya sekarang ini mungkin cuba menyampaikan bahawa anda perlu mencipta identiti sendiri dan bergantung pada keyakinan diri untuk menjalani hidup. Namun, kebenarannya ialah kita telah direka bentuk untuk bergantung sepenuhnya pada Allah dan untuk memandang Dia untuk keyakinan, tujuan, dan identiti.
Jika anda mencari definisi keyakinan dengan Google, anda akan mendapat maksud "kepercayaan yang sungguh-sungguh atau kepastian dan ketentuan pada seseorang atau terhadap sesuatu." Sehinggakan anda boleh memahami kebenaran itu, dan mempercayai bahawa "seseorang atau sesuatu" itu ialah Yesus, anda dapat berjalan dengan penuh keyakinan, kepercayaan, dan kebergantungan pada Dia, mempercayai bahawa Dia mengenali anda, keperluan anda, keinginan anda, dan hati anda.
Terdapat banyak jalan berbeza yang anda boleh ambil mengharapkan salah satu daripadanya akan membawa keyakinan, sukacita, atau tujuan. Walau bagaimanapun, keindahan mengikuti Yesus ialah jika anda menetapkan pandangan anda pada Dia, maka anda sudah berada di atas jalan yang betul. Masih ada waktu yang kelihatan gelap, dan waktu tekanan adalah terlalu besar, tetapi pada saat tersebut anda akan memiliki keyakinan Allah bahawa di atas jalan-Nya, anda dijaga dan dikasihi serta mempunyai tujuan bagi diri anda yang seadanya.
Anda telah dicipta oleh Allah yang mengenali anda, yang memahami keperluan anda, dan Dialah yang sentiasa dapat dipercayai.
Kitab
Perihal Pelan
Memanglah mudah untuk tenggelam dalam apa yang diketahui tentang anda dan terlepas siapa anda. Firman Allah banyak bercakap tentang anda, siapa anda ini, dan siapa yang Dia cipta anda jadi. Renungan 10 hari ini akan menolong anda dalam perjalanan mengetahui identiti sebenar anda.
More