Dikenali: 10 Hari untuk Menemui Identiti AndaSampel
Pencipta mengenal ciptaannya. Jika anda menghabiskan masa untuk memandang bunga, meskipun contoh yang paling mudah, ada ketelitian dan keindahan yang banyak. Saya mencabar anda sekarang ini untuk ke luar dan memerhatikan bunga-bungaan, atau mencari bunga menggunakan enjin gelintar. Sungguh luar biasa, bukan? Dalam cerita Penciptaan, Allah tahu bunga-bungaan diperlukan untuk menghiasi padang—ini bukanlah sesuatu yang difikirkan kemudian. Kita sedar bahawa Allah mengambil berat dengan melihat perincian halus yang ditemui pada bunga.
Hal yang menjadikan bahagian Alkitab ini istimewa ialah Yesus berbicara kepada anda sekarang ini, dan Dia ingin menenangkan hati anda yang risau. Dia memberitahu anda jika Allah memberikan perhatian kepada bunga liar, yang bukan kemuncak ciptaan-Nya (peringatan, kalau anda lupa: kemuncaknya ialah ANDA), tidakkah anda fikir Dia akan menjaga anda, mengambil berat tentang anda, dan melakukan sebaik-baiknya untuk anda? Pencipta kita mengenali anda dengan dekat, dan hati-Nya adalah UNTUK anda.
Peranan anda ialah melawan agar tidak membenarkan ketakutan, kekhuatiran, dan keraguan untuk menular masuk. Memiliki kepercayaan yang sedikit bahawa Allah akan menepati firman-Nya bukanlah masalah yang kecil! Ada sesiapa lagi yang terasa pedih semasa membaca itu? Saya terasa. Kepercayaan yang kecil merupakan hinaan kepada Allah dan menambahkan ketakutan anda. Anda perlu mengambil tindakan untuk bergantung pada janji yang diberikan oleh Yesus kepada anda. Terus kembali kepada kebenaran firman-Nya dan waktu anda telah menyaksikan kesetiaan-Nya. Berjalanlah dalam keyakinan bahawa anda telah dicipta secara sengaja, dikenali secara mendalam, dan dijaga dengan baik.
Kitab
Perihal Pelan
Memanglah mudah untuk tenggelam dalam apa yang diketahui tentang anda dan terlepas siapa anda. Firman Allah banyak bercakap tentang anda, siapa anda ini, dan siapa yang Dia cipta anda jadi. Renungan 10 hari ini akan menolong anda dalam perjalanan mengetahui identiti sebenar anda.
More