Dikenali: 10 Hari untuk Menemui Identiti AndaSampel
Dalam ayat ini, Paulus memberitahu kita tentang dua jenis pengetahuan. Salah satunya ialah pengetahuan dikenal oleh Allah; yang satu lagi ialah bagaimana pengetahuan boleh digunakan untuk menghapuskan satu sama lain dan memenuhi kita dengan kesombongan. Ini terkandung dalam surat Paulus kepada gereja di Korintus semasa Paulus menangani isu memakan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala. Paulus tidak membincangkan sama ada perbuatan ini adalah okey atau tidak, sebaliknya, BAGAIMANA mengendalikan kuasa keupayaan memakannya. Sesetengah gereja memiliki pengetahuan (yang betul!) bahawa makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala boleh dimakan kerana berhala tidak berkuasa ke atas Allah, tetapi pengetahuan betul yang sama ini, jika terpisah daripada kasih Allah, menjadikan orang sombong.
Marilah kita lihat 1 Korintus 8:1-3 dan dengar cara Paulus menyatakannya.
- Sekarang aku membincangkan hal makanan yang dipersembahkan kepada berhala. Memang benar seperti kata orang, “Kita semua mempunyai pengetahuan.” Tetapi pengetahuan menjadikan orang sombong, sedangkan kasih membina kehidupan orang.
- Sesiapa yang menyangka dirinya mengetahui segala-galanya, sebenarnya tidak mengetahui apa yang seharusnya diketahui.
- Tetapi orang yang mengasihi Allah, dikenal oleh Allah.
Paulus mengatakan pengetahuan yang menghasilkan kesombongan dan melukai orang lain bukanlah pengetahuan yang sebenar (ia sebenarnya tidak mengetahui apa yang patut diketahui). Namun, ada bentuk pengetahuan yang kedua yang dibezakannya dengan pengetahuan yang pertama itu. Jawapan Paulus bagi pengetahuan yang palsu tersebut ialah kasih. Pengetahuan akan Allah yang digunakan dengan betul bertukar menjadi kasih terhadap Allah, dan ini hanya mungkin kerana betapanya Allah mengenali kita. Allah mahu hubungan kita dengan-Nya untuk menjadi seperti kawan karib yang berkongsi rahsia.
Mazmur 25:14 (BM) “TUHAN ialah sahabat orang yang mentaati-Nya, dan Dia menyatakan perjanjian-Nya kepada mereka.”
Perkataan Ibrani yang digunakan untuk sahabat dalam ayat ini ialah "Sod" yang memaksudkan nasihat akrab sesama kawan karib. Demikianlah Allah mengenali kita. Dia bercakap kepada kita melalui Firman-Nya dengan nasihat yang mesra dan boleh dipercayai. Maka, daripada mencari pengetahuan untuk mendapat kelebihan untuk mengatasi orang lain, Allah mahu anda untuk mencari Dia sebagaimana anda mencari kawan. Apabila anda menjalinkan persahabatan yang mendalam dengan seseorang, anda mengingati apa yang dikatakan oleh mereka, perkara yang mereka suka, perkara yang menggembirakan mereka, dan perkara yang menghancurkan hati mereka. Demikianlah Dia mengenali anda sekarang ini, dan Dia mahu anda untuk lebih mengenali Dia dan untuk bertambah dekat dan biasa dengan-Nya dan Firman-Nya setiap hari kerana Dia tidak mahu menjadi penyelamat, bapa, dan penolong anda sahaja. Dia ingin menjadi kawan anda.
Kitab
Perihal Pelan
Memanglah mudah untuk tenggelam dalam apa yang diketahui tentang anda dan terlepas siapa anda. Firman Allah banyak bercakap tentang anda, siapa anda ini, dan siapa yang Dia cipta anda jadi. Renungan 10 hari ini akan menolong anda dalam perjalanan mengetahui identiti sebenar anda.
More