Datanglah KerajaanSampel
DOA:
Allah, tunjukkan saya tempat yang saya tujui untuk keselamatan dan kepentingan dalam hidup ini. Tolonglah saya untuk melepaskan semua itu dan mempercayai-Mu.
BACAAN:
Bayangkan anda sahaja yang selamat dalam kejadian nahas kapal. Anda terapung untuk beberapa hari, berpaut pada sekeping kayu daripada nahas itu. Kemudian, sesudah anda kehilangan harapan, sebuah bot muncul di ufuk. Tidak lama kemudian, bot itu berhenti di sebelah anda dan seseorang melemparkan tali keselamatan kepada anda. Mereka memberitahu anda untuk melepaskan kayu itu dan menyambar tali itu. Ini kelihatan seperti keputusan yang mudah, bukan? Anda menghadapi situasi terdesak yang tidak dapat diselesaikan sendiri, dan seseorang yang rela dan berupaya untuk menyelamatkan anda muncul. Anda hanya perlu melepaskan kayu itu dan menjangkau tali keselamatan itu. Anda perlu percaya sahaja.
Namun, bagaimana kalau sebelum anda menyambar tali itu, anda mula teragak-agak tentang keputusan anda, memikirkan bagaimana kayu ini telah menyelamatkan anda selama berhari-hari di laut. Kayu ini muncul bila anda memerlukannya, dan anda bergantung pada kayu ini untuk terus hidup. Melepaskan kayu ini untuk berpaut pada sesuatu yang lain menuntut terlalu banyak daripada anda. Maka, anda membalas orang di bot itu, "Tak. Saya akan terus berpaut pada kayu ini!"
Itu pastinya keputusan yang gila! Walau bagaimanapun, sama ada anda menyedarinya atau tidak, itu merupakan keputusan yang kita cenderung buat dalam hidup rohani kita. Semasa Yesus menjemput kita untuk mengikut-Nya dan menjalankan hidup yang baru sebagai sebahagian daripada kerajaan-Nya, Dia menjemput kita untuk memindahkan kepercayaan kita. Dia menjemput kita untuk melepaskan perkara yang dipercayai sebelumnya untuk keselamatan dan kepentingan—dan untuk berpaut pada-Nya sebagai sumber baru kita. Ada kalanya, "pelepasan" cara hidup kita ini rasa seperti kematian, seolah-olah kita kehilangan hidup yang sudah menjadi kebiasaan kita. Ini mungkinlah menakutkan dan mungkin langkah yang menyakitkan.
Dalam pada itu, tidak seperti cerita orang yang terselamat dalam nahas kapal itu, keputusan kita untuk melepaskan tangan dan percaya bukanlah keputusan sekali sahaja. Walaupun selepas kita memutuskan untuk mempercayai Yesus dan mengikut-Nya, kadang-kadang kita akan mendapati diri berpaut pada sesetengah aspek hidup lama kita. Kita mendapati diri kembali kepada sumber keselamatan dan kepentingan yang biasa. Setiap kali ini berlaku, kita perlu membuat keputusan—lagi—untuk melepaskan tangan dan menerima hidup yang ditawarkan oleh Yesus.
Apabila anda mendapati diri menghadapi satu lagi situasi seperti ini, ingatkan diri anda tentang janji Yesus dalam petikan di atas. Melalui kehilangan dan pelepasan hidup kitalah kita menemui hidup secara mendalam dan penuh.
RENUNGAN:
Yesus menjemput kita untuk memindahkan kepercayaan kita daripada perkara lama yang biasa yang menjadi pautan harapan dan keselamatan kita kepada sesuatu yang lebih baik: Yesus. Apakah lingkungan yang paling sukar dilepaskan dan mempercayai-Nya? Luangkan masa untuk mencatatkan jurnal dan mintalah Allah untuk mendedahkan lingkungan dalam hati dan hidup anda yang anda masih bergelut untuk mempercayai-Nya.
Kitab
Perihal Pelan
Kita pernah dengar bahawa Yesus memberikan "hidup yang kelimpahan" dan kita mendambakan pengalaman itu. Kita inginkan hidup yang terubah. Namun, apakah perubahan yang kita perlukan? Bagaimanakah kita melaksanakan perubahan itu? Dalam pelan Datanglah Kerajaan ini, anda akan menerokai cara baru untuk menjalankan hidup yang tunggang-terbalik dan luar dalam yang menjadi undangan Allah.
More