Datanglah KerajaanSampel
DOA:
Allah, apabila saya rasa tergoda untuk tidak berbelas kasihan terhadap orang lain, ingatlah saya akan kasih kurnia-Mu yang mengasihi saya dengan rela.
BACAAN:
Semasa kita membaca perumpamaan dalam Lukas 15, memanglah menggoda untuk mengetepikan abang itu sebagai contoh keangkuhan dan sikap menganggap dirinya sendiri yang betul yang melampau—seseorang yang tidak dapat dikaitkan dengan diri kita. Namun, jika kita berbuat demikian, kita akan terlepas satu kebenaran yang penting: Kita memiliki sedikit "abang" dalam diri kita.
Jika anda meneliti abang itu, anda akan mendapati reaksinya tidaklah melampau sangat. Kemarahan yang dirasanya berkaitan dengan keadilan. Ia mempercayai tidaklah adil bahawa ayahnya melayani adik lelakinya sebagaimana ayahnya melayaninya. Secara jujur, ia tidak salah. Tidakkah ia harus memperoleh lebih banyak daripada adiknya? Tidakkah ia wajar menerima lebih banyak kerana ketaatan dan kekonsistenannya?
Kita kerap memandang tawaran kasih kurnia yang tidak patut kita terima daripada Allah sebagai positif semata-mata. Walau bagaimanapun, ada kalanya semasa kita melihatnya dalam hidup dan hubungan sebenar kita, kasih kurnia boleh menjadi batu sandungan. Jika kita membenarkan perbandingan untuk menyelinap masuk, kasih kurnia menjadi masalah yang amat benar. Memanglah tidak adil.
Bagaimanakah adil Allah mengetepikan dosa seseorang, terutamanya jika kitalah yang telah disakiti oleh orang itu? Paulus menangani ketegangan ini secara langsung dalam suratnya kepada orang Kristian di Roma.
Allah menjadikan Yesus korban pendamaian supaya dengan kematian-Nya, dosa orang yang beriman kepada-Nya diampunkan. Allah berbuat demikian untuk memperlihatkan keadilan-Nya kerana pada masa silam, Allah bersabar terhadap dosa manusia dan tidak menghukum mereka. Tetapi sekarang Dia bertindak terhadap dosa untuk menyatakan keadilan-Nya. Allah menunjukkan bahawa Dia benar dan memperbenar semua mereka yang beriman kepada Yesus.
—Roma 3:25–26
Bagaimanakah Allah "benar" dan "memperbenar" orang yang telah berdosa? Adakah Dia mendiamkan dosa itu begitu saja seolah-olah itu tidak pernah berlaku? Tidakkah Dia menganggap dosa serius?
Ini kelihatan seperti suatu percanggahan, memang pun, melainkan cerita itu belum berakhir—melainkan ada cara lain dosa itu boleh dibayar tanpa melenyapkannya daripada orang yang berdosa itu. Paulus menulis bahawa Yesus ialah "korban pendamaian" kita—korban yang membayar harga untuk membenarkan kita dengan Allah.
Yesus ialah jawapan bagi masalah yang timbul kerana kasih kurnia. Melalui Yesus, Allah boleh menjadi "orang yang memperbenar" sementara tetap "adil" sebagai orang yang konsisten semasa menangani akibat dosa.
Oleh itu, semasa anda rasa tergoda untuk tidak mengasihi atau memaafkan orang lain kerana mereka tidak patut menerimanya, ingatlah bahawa Yesus tidak datang kepada kita dan mengatakan, "Aku mengasihi kamu kerana kamu sempurna." Sebaliknya, Dia datang kepada kita semasa kita berdosa dan berkata, "Aku mengasihi kamu yang seadanya, dan Aku akan membayar harga untuk menyempurnakan kamu." Allah tidak menuntut keadilan dalam hubungan-Nya dengan anda; Dia membayar harganya dengan rela. Berkenaan hubungan kita dengan Allah, kita tidak memerlukan keadilan—kita memerlukan kasih kurnia. Sebagai orang yang telah menerima sesuatu yang begitu berharga, kita haruslah menjadi orang yang terdahulu untuk berbelas kasihan terhadap orang lain.
RENUNGAN:
Luangkan masa dan mencatatkan jurnal untuk soalan yang berikut:
• Dalam lingkungan manakah anda tidak mengasihi orang lain? Adakah keadaan atau orang yang datang dalam fikiran? Mengapakah sukar untuk berbelas kasihan dalam situasi ini?
• Adakah orang dalam hidup anda yang anda rasa tidak dapat dikasihi? Apakah rupanya jika anda membawa orang dan situasi ini kepada Bapa dan memohon agar hati berkasih kurnia-Nya terbentuk dalam diri anda?
Sesudah anda menjawab soalan di atas, carilah tempat yang sunyi dan bertenang untuk beberapa minit dengan Yesus. Semasa anda mendiamkan diri, hulurkan tangan yang digenggam, menghadap ke bawah. Bayangkan Bapa memeluk orang yang telah menyakiti anda. Jika anda berasa tegang, genggam tangan anda dengan lebih kuat. Menahannya jika perlu. Bila sudah bersedia, tarik nafas panjang dan mintalah Allah untuk memberikan hati-Nya kepada anda demi orang ini. Pusing tangan anda supaya tapak tangan menghadap atas. Bertenang dan tarik nafas panjang semasa anda membuka tangan anda dan melepaskan orang itu kepada Bapa.
Sekiranya anda belum bersedia untuk melepaskan ketegangan ini, biarlah latihan ini menjadi doa yang ikhlas agar Allah menolong anda beralih ke arah itu.
Kitab
Perihal Pelan
Kita pernah dengar bahawa Yesus memberikan "hidup yang kelimpahan" dan kita mendambakan pengalaman itu. Kita inginkan hidup yang terubah. Namun, apakah perubahan yang kita perlukan? Bagaimanakah kita melaksanakan perubahan itu? Dalam pelan Datanglah Kerajaan ini, anda akan menerokai cara baru untuk menjalankan hidup yang tunggang-terbalik dan luar dalam yang menjadi undangan Allah.
More