Emosi yang Kudus - Respons Alkitabiah kepada Setiap CabaranSampel

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

HARI 19 DARIPADA 30

Ada kalanya orang yang paling dikasihilah yang menampakkan sifat kita yang paling buruk. Orang yang berhubungan dengan kita pada setiap harilah yang seolah-olahnya menghilangkan setiap kebaikan Kristian kita sehingga mereka mendedahkan teras personaliti kita yang hodoh.

Kita semua mempunyai orang yang sukar dalam kehidupan kita yang mungkin ditempatkan secara strategik oleh Allah sendiri. Bayangkannya! Allah cukup mengasihi anda sehingga mempercayai bahawa anda akan bersifat baik hati kepada orang yang sukar. Allah ingin anda bertumbuh dalam buah Roh, maka, Dia membenarkan wanita yang kasar dan tidak tahu adat serta marah-marah untuk mengganggu lingkaran kehidupan anda yang manis. Allah memerlukan lelaki dan perempuan dalam setiap generasi yang akan mengasihi orang yang tidak mudah dikasihi, berbaik hati kepada orang yang tidak bertimbang rasa, bersabar semasa berhadapan dengan ketaksabaran yang buruk dan memberkati orang yang zalim.

Sebenarnya Allah telah mencipta anda untuk mengasihi orang yang amat biadab; Dia menempatkan anda di sini pada waktu ini dalam sejarah kerana Dia mempercayai bahawa anda akan menjadi matang dan membenarkan kemuliaan-Nya untuk bersinar daripada anda ke dalam kegelapan jiwa orang lain. Anda tidak akan melakukan ini dengan personaliti anda sendiri atau jika anda bergantung kepada legasi emosi yang diturunkan kepada anda oleh ibu bapa anda. Anda hanya akan melakukan ini apabila anda menetapkan dalam hati anda bahawa anda mahu menjadi seperti Yesus. Apabila anda membuat keputusan bahawa anda ingin menjadi seperti Yesus daripada menjadi seperti diri anda. Apabila anda membuat keputusan bahawa cara-Nya adalah betul-betul lebih baik daripada cara anda, bahawa anda tidak mempunyai idea yang lebih baik daripada Allah.

Apabila anda menunjukkan kasih dalam situasi yang bergolak dan memilih untuk bersifat baik hati dan bukannya buat perangai yang beremosi serta wajar, anda mengatakan, "Saya akan bertindak seperti Bapa saya! Saya adalah sebahagian daripada keluarga-Nya dan ini adalah perkara yang kita lakukan! Kita mengasihi orang yang tidak mudah dikasihi. Memanglah urusan keluarga untuk menjangkau orang yang marah-marah dengan kebaikan hati ilahi." Jangan lupa bahawa anda adalah waris kod genetik keluarga yang membolehkan anda untuk mengasihi orang yang sukar. Itulah yang dilakukan oleh orang Kristian!
Hari 18Hari 20

Perihal Pelan

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

Allah telah mencipta anda dan meletakkan anda pada waktu ini, untuk mengasihi golongan yang tidak mudah dikasihi, mencerminkan kedamaian dalam keadaan huru-hara, dan menunjukkan sukacita yang ingkar dalam setiap situasi. Ini mungkin kelihatan mustahil, tetapi anda dapat melakukannya dengan mempelajari hal yang dinyatakan Alkitab tentang emosi semula jadi manusia anda dan tentang cara menguruskannya. Renungan ini merangkumi cabaran yang biasa dan ada kalanya cabaran yang luar biasa yang kita hadapi setiap hari, serta memberikan rujukan Alkitabiah tentang cara untuk menguruskan emosi anda secara salih.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com