Emosi yang Kudus - Respons Alkitabiah kepada Setiap CabaranSampel

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

HARI 17 DARIPADA 30

Kesunyian adalah perasaan seolah-olah tiada sesiapa yang mengambil berat tentang kehidupan anda. Kesunyian berkemungkinan emosi yang paling membinasakan. Jika Iblis tidak dapat menjerat anda dengan perasaan runsing dan takut, ia akan cuba menjauhkan anda daripada hubungan yang sihat kerana Iblis sedar akan kuasa dua orang yang berkumpul!

Walaupun anda berasa sunyi, anda mesti mengingatkan diri bahawa anda tidak pernah bersendirian kerana Alkitab menjanjikannya. Ini adalah salah satu waktu dalam kehidupan di mana anda mesti mengingatkan diri bahawa semua perasaan anda adalah tidak sah. Apabila hati anda cuba memberitahu anda bahawa anda adalah bersendirian dan tiada sesiapa pun yang mengambil berat tentang kehidupan anda, hati anda telah berhubung dengan Iblis dan mendengar dustanya yang pengecut.

Dari segi kesunyian, anda mesti membuka Alkitab anda dan bersetuju dengan Firman Allah dan bukannya bersetuju dengan perasaan anda yang menyedihkan. Kata-kata terakhir yang diucpakan Yesus kepada murid-murid-Nya mengingatkan mereka bahawa meskipun mereka tidak dapat melihat Dia dengan mata mereka lagi, Dia akan sentiasa bersama dengan mereka: "Aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga akhir zaman” (Matius 28:20).

Lagu tema Yesus adalah anda tidak akan berjalan bersendirian. Tidak sama sekali. Dusta yang dinyatakan Iblis hanya menyentuh perasaan kita dan bukannya kenyataan rohani. Kenyataan alkitabiah adalah anda diselebungi kasih dan perlindungan Allah pada setiap hari dalam kehidupan anda. Tiada apa-apa yang dapat memisahkan anda daripada kasih Allah; anda diselebungi sepenuhnya dalam penjagaan penyayang-Nya kerana Dia telah menjanjikannya. Kesunyian adalah satu dusta - dusta yang jahat dan terkutuk yang akan menyebabkan anda untuk meragukan kebenaran Firman Allah yang tidak dapat disangkal.

Yesus betul-betul kawan terbaik anda, maka mulalah bertindak menurut kebenaran ini pada hari ini. Kongsikan hati anda dengan Yesus dan dengarlah cara Dia memberikan respons kepada anda. Luangkan seluruh waktu petang dalam hadirat-Nya dengan lagu penyembahan dan bukalah Firman Allah. Tuliskan sepucuk surat cinta yang panjang dan intim kepada Dia serta luahkan hati anda semasa anda berada dalam hadirat-Nya. Apabila anda mula memberikan respons kepada Yesus sebagaimana anda memberikan respons kepada seorang kawan, kesunyian anda akan lenyap, saya menjaminnya!
Hari 16Hari 18

Perihal Pelan

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

Allah telah mencipta anda dan meletakkan anda pada waktu ini, untuk mengasihi golongan yang tidak mudah dikasihi, mencerminkan kedamaian dalam keadaan huru-hara, dan menunjukkan sukacita yang ingkar dalam setiap situasi. Ini mungkin kelihatan mustahil, tetapi anda dapat melakukannya dengan mempelajari hal yang dinyatakan Alkitab tentang emosi semula jadi manusia anda dan tentang cara menguruskannya. Renungan ini merangkumi cabaran yang biasa dan ada kalanya cabaran yang luar biasa yang kita hadapi setiap hari, serta memberikan rujukan Alkitabiah tentang cara untuk menguruskan emosi anda secara salih.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com