Emosi yang Kudus - Respons Alkitabiah kepada Setiap CabaranSampel

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

HARI 13 DARIPADA 30

Semasa emak dan ayah saya berkahwin, mereka diberikan sebuah almari laci bercermin oleh ibu bapa ayah saya. Almari ini telah diletakkan di bangsal ayam mereka selama beberapa dekad, tetapi nenek di sebelah ayah saya ingat ibu bapa saya telah menggunakannya di rumah pengantin baru mereka. Almari ini diselaputi habuk, najis ayam dan bulu ayam yang tebal selama bertahun-tahun. Nenek saya cuba membersihkannya tetapi ia adalah mustahil, jadi dia menyembunyikan sisa-sisa itu dengan cat hijau buah zaitun yang hodoh.

Almari hijau buah zaitun yang reput dan busuk itu diletakkan di ruang atas rumah kita sepanjang zaman kanak-kanak saya.

Akhirnya emak saya membuat keputusan menanggalkan cat hijau daripada almari itu. Dia membawanya kepada seorang kawan keluarga yang telah membangunkan perniagaan memperbaiki perabot di garajnya.

Emak saya meninggalkannya di sana pada satu pagi, dan hari keesokannya, Encik C. menelefon dan memberitahunya untuk datang mengangkatnya pulang. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana pembaikan sebuah perabot yang rosak dengan teruk boleh disiapkan dengan begitu cepat dan menanya bagaimana dia dapat melakukannya dalam 24 jam sahaja.

Encik C. menjelaskan bahawa dia telah menyelidiki ciri-ciri almari ini, dan menyedari bahawa ia dihasilkan pada zaman Perang Revolusioner dan merupakan barang pusaka yang tidak ternilai. Encik C. berkata ia mengenangkan kepada perabot yang dihasilkan untuk George Washington sendiri! Dia enggan menyentuhnya dan memberitahu emak saya bahawa ia bernilai berpuluh ribu dollar.

Emak saya menegaskan bahawa dia mahu Encik C. untuk memulihkan pusaka ini. Encik C. menggunakan beberapa bulan untuk memulihkan almari ini secara cermat dan teliti kepada keadaan asalnya. Apabila Encik C. telah menanggalkan kotorannya, dia mula menggilap almari itu - memvarnis - dan memulihkan kecantikan yang diniatkan.

Anda adalah almari itu - anda dicipta untuk dihargai dan dijaga. Sebaliknya, anda memilih untuk hidup dalam bangsal ayam kehidupan dan ia telah menyamarkan anda dengan najis, bulu ayam dan kotoran yang tebal. Kemudiannya, seorang yang berniat baik, guru bantu diri telah menyelaputi anda dengan cat muntahan. Allah ingin menanggalkan semua itu dan memulihkan anda secara lembut dan penyayang kepada keindahan semula jadi penciptaan-Nya. Adakah anda akan membenarkan-Nya? Anda telah dicipta dalam gambaran-Nya untuk menjadi sebahagian daripada strategi-Nya pada waktu ini dalam sejarah.
Hari 12Hari 14

Perihal Pelan

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

Allah telah mencipta anda dan meletakkan anda pada waktu ini, untuk mengasihi golongan yang tidak mudah dikasihi, mencerminkan kedamaian dalam keadaan huru-hara, dan menunjukkan sukacita yang ingkar dalam setiap situasi. Ini mungkin kelihatan mustahil, tetapi anda dapat melakukannya dengan mempelajari hal yang dinyatakan Alkitab tentang emosi semula jadi manusia anda dan tentang cara menguruskannya. Renungan ini merangkumi cabaran yang biasa dan ada kalanya cabaran yang luar biasa yang kita hadapi setiap hari, serta memberikan rujukan Alkitabiah tentang cara untuk menguruskan emosi anda secara salih.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com