Emosi yang Kudus - Respons Alkitabiah kepada Setiap CabaranSampel
Satu cara berkuasa untuk memastikan bahawa roh anda bertumbuh menjadi bahagian batin anda yang paling tegap adalah berdoa dengan tidak henti-hentinya. Saya tidak mengatakan melolong dengan tidak henti-hentinya - Saya mengatakan berdoa dengan tidak henti-hentinya.
Ramai orang Kristian menghabiskan seluruh hidup mereka melolong dan merungut kepada Tuhan dan tertanya-tanya kenapa doa mereka tidak pernah dijawab! Semasa anda berdoa, berdoalah dengan gembira! Semasa anda berdoa, datanglah ke dalam hadirat-Nya secara berani dan berkuasa! Semasa anda berdoa, tinggalkan jiwa beremosi anda di pintu dan bawalah roh anda yang sihat ke dalam Ruang Takhta dan menikmati hadirat-Nya yang menakjubkan!
Allah mengasihi anda apabila anda melolong ... tetapi apabila anda menyatukan roh anda dengan Roh-Nya dalam simfoni pujian yang indah, ia adalah waktu di mana syurga dan bumi mula bergerak bagi pihak anda. Sebagai orang Kristian, kita bukanlah sekumpulan orang yang menghadkan nyanyian dan sukacita kita kepada langit yang cerah dan keadaan yang menakjubkan, tetapi kita bertekad untuk berdoa dengan gembira meskipun semasa kehidupan kita berkecai. Adalah sebahagian daripada DNA kita untuk memasuki hadirat-Nya dengan kesyukuran tidak kira apa yang menantikan kita di luar pintu hadirat-Nya.
Tiga orang kanak-kanak Ibrani bersembah dalam relau yang panas! Paulus dan Silas bernyanyi pada tengah malam di penjara! Stefanus bersembah semasa direjam! Hana bersembah sebelum hamil! Sertailah kumpulan orang percaya daripada setiap generasi dalam sejarah yang memilih untuk berdoa dengan gembira.

Perihal Pelan
Allah telah mencipta anda dan meletakkan anda pada waktu ini, untuk mengasihi golongan yang tidak mudah dikasihi, mencerminkan kedamaian dalam keadaan huru-hara, dan menunjukkan sukacita yang ingkar dalam setiap situasi. Ini mungkin kelihatan mustahil, tetapi anda dapat melakukannya dengan mempelajari hal yang dinyatakan Alkitab tentang emosi semula jadi manusia anda dan tentang cara menguruskannya. Renungan ini merangkumi cabaran yang biasa dan ada kalanya cabaran yang luar biasa yang kita hadapi setiap hari, serta memberikan rujukan Alkitabiah tentang cara untuk menguruskan emosi anda secara salih.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com